HARI CELIK HURUF ANTARABANGSA 2009

Poster Hari Celik Huruf Antarabangsa 2009


Setiap 8 September, saban tahun Hari Celik Huruf Antarabangsa diraikan. Pada tahun ini Hari Celik Huruf Antarabangsa diraikan dengan tema The Power of Literacy atau Kuasa Celik Huruf.

Dalam laporan United Nation Development Program 2007/2008, Malaysia menduduki tangga ke 94 kadar celik huruf rakyatnya daripada 178 negara di dunia. Kadar celik huruf rakyat negara ini ialah 88.7%. Pada hari ini seorang daripada lima warga dunia dewasa masih tidak celik huruf dan dua pertiga dari mereka adalah wanita manakala 75 juta kanak-kanak tercicir dari alam persekolahan.

Saban tahun UNESCO mengingatkan komuniti antarabangsa status celik huruf di seluruh dunia. Pada tahun ini Hari Celik Huruf Antarabangsa akan menumpukan usaha memperkasa peranan dan kepentingan penglibatan, kewarganegaraan dan pembangunan sosial.


Hadiah Celik Huruf Antarabangsa UNESCO dianugerahkan sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan inovasi celik huruf di seluruh dunia. Anugerah ini bernilai USD 20,000 dengan piala iringan dan sijil. Pada tahun ini empat projek celik huruf inovasi di Afghanistan, Burkina Faso, India dan Filipina telah dipilih untuk anugerah ini manakala Bhutan memenangi Anugerah Khas. Seorang teman saya berblog di bawah tajuk celik huruf: http://www.celikhuruf.blogspot.com/

Ulasan

ustazah berkata…
salam tuan, terima kasih atas info..moga kadar celik huruf dapat ditingkatkan..
ishah berkata…
celik huruf maknanya celik dunia..
Terima kasih juga utk publisiti percuma. hehehe
ishah berkata…
selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kpd tn ks dan semua peminat blog ks..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?