AL-FATIHAH BUAT YASMIN AHMAD & KAPT YUSOF AHMAD

Allahyarham Yasmin Ahmad - seorang pengarah filem dan iklan yang prolifik

Teman-teman blogger kehilangan dua sahabat blogger, Pengarah iklan dan filem tersohor, Yasmin Ahmad meninggal pada malam Sabtu lepas selepas rebah ketika membuat pembentangan di Sri Pentas pada hari Khamis.

Legasi Yasmin Ahmad akan sering diingati oleh semua terutama menjelang perayaan-perayaan utama di negara kita - siapa boleh lupa iklan-iklan mesej perayaan Petronas misalnya yang begitu meninggalkan kesan emosional dan spiritual. Anak-anak saya misalnya akan sentiasa tertunggu iklan-iklan sedemikian, dan saya yang mengenali karya-karya beliau termasuk filem-filem akan lebih terasa.

Kerjaya filem yang dimulakan dengan dengan Rabun (2003) dan karya terakhirnya Talentime (2009) memang sarat dengan nilai-nilai kemanusian yang sering mencetus kontroversi. Enam filem garapannya Rabun (2003), Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009) memenangi pelbagai anugerah dalam dan luar negara di pelbagai festival filem.


Allahyarham Kapten Yusof Ahmad - blogger yang disenangi teman-teman

Kapten Yusof Ahmad yang berblog dengan nama The Ancient Mariner, seorang bekas pelaut dan keghairan bercerita tentang kapal perang, sungguhpun saya temui hanya sekali sewaktu pertemuan di rumah Blog di Damansara seorang pencerita dan perakam yang baik, meninggal dunia pada 19 Julai yang lalu. Keramahan beliau akan sentiasa terpahat dalam ingatan dan kekesalan yang amat ialah kesibukan saya menyertai aktiviti-aktiviti lain bersama teman-teman blogger.

Semoga roh kedua-dua Kapten Yusof Ahmad dan Yasmin Ahmad akan sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. InsyaAllah. Al-Fatihah. Amin.

Ulasan

ustazah berkata…
Salam tuan, lama tak berblog..moga roh kedua mereka dilimpahi rahmat Allah SWT
anep berkata…
tuan bz ke sekarang, lambat update blog skrg..
sarip berkata…
saya akan rindukan iklan-iklan karya Yasmin Ahmad, moga dirahmati Allah SWT
SIS berkata…
br dpt maklumat melalui Ustaz Muhamamad Sabri di seminar Penutupan Akaun Amalan Tahunan Anda sempena bln Syaaban..(utk makluman ustaz m Sabri terlibat memandikan jenazah arwah).. dimaklumkan bahawa Arwah Yasmin Ahmad adalah seorg perempuan selepas pembedahan yg dilakukan krn beliau bersifat Khunsa..surat dari Mufti Selangor ketika itu memberi izin utk arwah memilih jantina mana yg beliau lebih cenderung..dan arwah telah memilih utk menjadi wanita.. ayah nya mengakui arwah anak yang baik dan sepanjang hidup arwah, dia tidak pernah melukai hati ibu bapanya...tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa menghormati ibubapanya...Wallahualam..Alfatihah buat Allahyarhamah Yasmin Ahmad..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?