MUSIM MENUAI…


Sawah Padi - gambar diambil dari petronasadventure.com

Antara usaha awal mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima – Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah penubuhan Institut Integriti Malaysia yang diisytiharkan pada 5 November 2003, dan menjadi realiti pada 4 Mac 2004.

Selepas beberapa lama sehingga melepaskan jawatannya kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, integriti terus menjadi salah satu kata kunci dalam minda seluruh rakyat Malaysia.

Kerajaan Pulau Pinang pada Jun lalu memilih Yusuf Musa sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang kerana berjaya membongkar penyelewengan oleh seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu melibatkan RM500,000. Yusuf Musa, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang mengesan penyelewengan selepas meneliti fail-fail dalam urusan tugasnya.

Kecemerlangan Integriti yang dirintis oleh Pak Lah tidak terhenti setakat itu, pada 2 Mei 2009, dua orang anggota polis Detektif Koperal Mohd. Surani Sarbini dan Lans Koperal Mohd. Tarmazi Arbayee tidak pernah gelap mata apabila ditawarkan rasuah termasuk wang tunai RM500,000. Habuan itu adalah sebagai dorongan bagi melepaskan sebuah lori yang mencurigakan dan hasil pemeriksaan mendapati ia membawa kotak dan bungkusan mengandungi syabu seberat 978 kilogram dengan nilai RM280 juta.


Saya percaya lebih ramai seperti Surani dan Tarmizi di luar sana, tetapi saya juga amat yakin bahawa masalah integriti di negara kita bukan masalah Institut Integriti atau SPRM sahaja, malah integriti mungkin menjadi barah yang ‘membunuh’ jika tindakan Surani dan Tarmizi dikaburi pula oleh pegawai dan pemimpin mereka yang lebih rakus dan menganggap rasuah dan habuan sebagai rezeki yang tidak patut ditolak. Meminjam kata si Nabil Raja Lawak – lu pikirlah sendiri!

Ulasan

SIS berkata…
salam tn..'musim menuai'..tak faham la dgn isu tn..pd saya hidup kita sekarang ni adalh masa menanam..dan masa tuaian bila kita mati nanti dan hasilnya masa kat akhirat..samada syurga atau neraka.. sekarang ni bln rejab..pastu ketemu syaaban..pastu dah ramadhan..hasil tuainya masa syawal nanti..dapatkah diteruskan amalan2 yg dibuat pada bln2 sebelumnya...nak pinjam kata2 nabil gak..'lu pikir la sendiri'
SIS berkata…
dah dapat agak dah..musim menuai apa yang telah pak lah usahakan (tanam ) masa dia jadi PM... pegawai kerajaan yg berintegriti hasil tuainnya kini..betul ke tekaan saya.? wallahualam
ustazah berkata…
salam tuan, mmg betul musim menuai kerana kita tdak boleh mendpt keputusan yg segera..dan itulah yg terjadi..usaha pak lah hasil sewaktu Datuk Sri Najib..
karim berkata…
takut yg bos2 jadi lanun lak..
Tanpa Nama berkata…
tn kakisakat mesti tau apa cerita PPSMI?..tak sabar nak tau..ada brite kongsi la bersama...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?