MIKAEEL, FARRAH DAN CINTA TAK KESAMPAIAN SEORANG LELAKI…


Dua minggu lepas pada awal pagi Jumaat, jam 5.26 pagi, dunia kehilangan ikon seni - Michael Jackson.

Sukar untuk saya mengatakan saya bukan peminat Michael Jackson walaupun sekadar mengikuti perjalanan seninya sejak saya mula pandai membaca akhbar. Mula menyanyi ketika usia 4 tahun dan terus bergelumang dalam dunia seni sebagai ‘Raja Pop’ sehingga ke akhir hayatnya.

Michael Jackson tidak pernah sunyi dari dari masalah dan skandal malah setiap perlakuannya mempunyai nilai berita yang tinggi. Siapa pernah lupa kisah dia memegang anaknya dibalkoni dalam keadaan yang mencemaskan. Walaupun selepas kematiannya, perihal bagaimana dia menemui ajalnya masih lagi menjadi persoalan: mengambil preskripsi dadah bagi membolehkan kecergasannya sehinggalah kepada hutang dan tuduhan bahawa dia bukanlah ayah sebenar kepada tiga orang anaknya.

Michael Jackson disamakan dengan Elvis Presley yang mati pada usia 42 tahun akibat mengambil dos berlebihan. Kedua-dua mereka dianggap aneh dan misteri. Hari ini Mikaeel dikebumikan selepas hampir 12 hari kepulangannya ke rahmatullah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Pada hari yang sama ketiadaan Mikaeel, seorang lagi selebriti yang terkenal sebagai salah satu watak ‘Charlie’s Angels’Farrah Fawcett meninggal selepas sekian lama bergelut dengan barah yang menyerangnya sejak sekian lama. Siapa pernah lupa Angel ini yang berambut coklat keemasan, sewaktu saya mula pandai menonton TV dan menggunakan lidi mencocok kawan-kawan yang lambat mengaji kerana tidak mahu terlepas menontonnya kerana TV tidak akan dibuka selagi ada yang belum habis mengaji.

Entahlah dalam usia sekitar 8 atau 9 tahun, saya sudah jatuh cinta dengan si Angel berambut emas ini ketika itu sekitar 24 atau 25 tahun usianya. Tetapi cinta saya hanya bertahan selama sejam tayangan Charlie’s Angel, selebihnya hanyut kerana mandi sungai atau main galah panjang.

Si Mikaeel yang sunyi atau Farrah yang berjaya meruntun hati lelaki saya dan teman-teman memang pernah menghuni ruang nostalgia dalam diri saya. Mikaeel biarpun telah tinggal legenda – kejayaannya meruntuhkan tembok warna kulit dengan stail, bakat, gaya dan egomya yang tersendiri, sesuatu yang sukar ditandingi! Selamat tinggal Mikaeel dan Farrah!

Ulasan

SIS berkata…
salam tn..bahagia tn kembali.. pasal si mikaeel tu..rentetan hidup dia mmg gerun la..tp hairan gak dia di tanam di taman peringatan..apa2 pun hanya dia dgn Tuhan saja yg tahu..masih teringat lg lagu 'beat it' popular masa saya dibangku sekolah..
SIS berkata…
lupa nak tanya tn..'cinta tak kesampaian seorang lelaki'.. tu crita pasal apa lak?..isu tn hanya sentuh pasal mikaeel n farrah je..lagi satu..apa kena mengena gambar tgh2 tu..antara mikaeel n farrah tu?
ustazah berkata…
salam tuan, saya lahir ketika MJ masih di kemuncaknya..dan kagum dgn bakat anugerah Ilahi..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?