SELAMAT TINGGAL PPSMI ...


Akhirnya Kerajaan ‘Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan’ dengan segala keberanian membuat keputusan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walaupun keputusan ini tidak akan berkuatkuasa serta merta seperti masa pelaksanaannya pada tahun 2003, malah akan mengambil masa sehingga 2012, untuk peralihan sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya pengumuman ini akan mampu memberi tidur yang lena kepada semua pejuang bahasa dan penentang dasar PPSMI ini. Apatah lagi ia diumumkan beberapa hari menjelang 100 hari kepimpinan Kerajaan ‘Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan’, juga beberapa hari sebelum berlangsungnya pilihanraya kecil DUN Manik Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai nanti, walaupun bukan berdasarkan pertimbangan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri.

PPSMI dengan segala keangkuhan dan kegelojohan pencetusnya telah menimbulkan pelbagai polemik, malangnya tidak ketika diterajui oleh pencetusnya sehingga kepada penggantinya pun tetapi selepas hampir enam tahun perlaksanaanya. Secara peribadi saya tidak nampak apa salahnya dasar ini malah merasakan bahawa sepatutnya diteruskan dengan penambahbaikan khususnya dari segi pelaksanaannya.

PPSMI bukan sahaja menelan berbillion duit rakyat bagi menjamin perlaksanaanya, dikhabarkan paling tidak RM12 billlion (sila rujuk: Berapa kos PPSMI? - http://profabdullah1.wordpress.com/). Saya tidak begitu pasti berapa banyak jumlah wang tersebut, tetapi apapun saya percaya desakan dan tentangan yang sungguh-sungguh terhadap dasar ini tentulah kerana ianya kurang menepati aspirasi rakyat seluruhnya.

Kepada teman-teman pejuang bahasa dan penentang dasar PPSMI, mungkin selepas ini terpaksa pula berjuang untuk memastikan bahawa Bahasa Melayu terus dimartabatkan di bumi bertuah ini!

Ulasan

ustazah berkata…
salam tuan, akhirnya dasar ini dimansuhkan walaupun telah belanja berbilion duit..saya juga kurang setuju ianya dihapuskan..
saripdol berkata…
patutnya sek men boleh la ppsmi 2..
SIS berkata…
salam tn..cantik blog..sesekali kena tukar selera..tp masih ada ' posted by....at...'..ari tu dah smua dlam BM..tn terlepas pandang yea..saya sokong PPSMI dimansuhkan dan sesuai dgn keadaan tidak dibuat secara mendadak..sbgaimana yg Menteri Pelajran maklumkan.. PPSMI walau dimahsuhkan tidak bermakna ia tidak memberi sebarang manfaat hanya pencapaiannya tidak sampai kepada target yang ditetapkan.. amat bersetuju juga penambahbaikkan kpd pembelajaran BI dan penambahan guru2 BI yg hendak dilaksanakan..murid thn 1 hingga 6 yg BMnya pun masih ada yg tak faham tp telah disogok dgn BI bg Math dan Sains..mmg membebankan bg mereka..setuju dgn saripdol.. klau murid sek men ok la..
SIS berkata…
ingin berkongsi dgn tn ks... email dr seorg teman.."saya ada satu epal, anda ada satu epal.Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu.."
Tanpa Nama berkata…
aik..dah tukar plak..bagus la semua dah BM balik..
Mama berkata…
salam tuan kakisakat..tak tgk ke teater 'Intan yang Tercanai'.. rasanya tuan peminat teater..
Tuan... rasanya malam ini saya di DBP. Lihat Intan yang tercanai. tuan ada di sana?

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?