SELAMAT HARI BAPA

Bapa Kemerdekaan Malaysia - YAM Tunku Abdul Rahman

Esok 21 Jun, hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, itu tarikh sambutan Hari Bapa. Sebagai bapa memanglah mengharap ucapan dan hadiah tetapi yang lebih manis ialah kesungguhan anak-anak untuk menjadi anak-anak yang soleh. Itulah harapan arwah ayah saya ketika ditanya mengenai sambutan Hari Bapa sewaktu saya masih di bangku sekolah rendah lagi.

Biar apa sahaja gelaran kepada seorang bapa berasaskan latar agama, sosio dan budaya seseorang, fungsi kebapaan tidak pernah terabai sungguhpun ibu dianggap insan utama seperti yang disebut dalam kitab suci Al-Quran.

Selepas menjadi bapa kepada lima orang cahaya mata, seorang teman saya yang sering menempelak kakaknya yang terlalu memanjakan anak-anaknya, kini baru terasa selepas diri menjadi bapa. Hati seorang bapa memang sukar diteka. Tidak seperti si ibu, tidak banyak puisi dan madah mengenai si bapa, namun bapa tetap kekal sebagai idola dan wira di hati si anak, sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya kepada bapa saya.

Kepada semua yang bergelar bapa walau dalam frasa apa sekalipun: SELAMAT HARI BAPA!

Ulasan

ustazah berkata…
Selamat Hari Bapa buat tuan sakat juga...
SIS berkata…
salam..Selamat Hari Bapa kpd semua bapa di luar sana..hubungan bapa dan anak lebih unik krn bapa tidak melahirkan...tapi mendidik...
haniza berkata…
salam tuan, selamat hari bapa kpd semua bapak..x kisahlah bapa apa pun ..
SIS berkata…
salam tn ks...kaki sakat berwajah baru..lebih mesra alam...syabas tn...perkataan 'posted by' pun dah berbahasa kebangsaan..syabas tn..
ustazah berkata…
salam tuan, tahniah atas blog berwajah baru..
SIS berkata…
satahun yang lalu..isu sambutan hari bapa tn paparkan gambar yang sama..Tunku Abd Rahman...bapa kemerdekaan...tn mmg punya naluri kebapaan yang kuat..semoga anak2 menghargainya sebagaimana tn menghargai bapa tn...
Ibu selalu kata, mau didik anak lihat masa depan...capai kehidupan yang baik. dan AYAH menyedarkan selalu siapa dan di mana kita sekarang. Supaya masa depan dlm rancangan ibu tidak pernah mahu tersasar. Terima kasih buat semua yg bergelar 'ayah'... juga buat diri sendiri. Sebagai ingatan juga.
Mama berkata…
imej baru kakisakat cantik..tapi napa dibuang pautan blog kegemaran tuan.
Tanpa Nama berkata…
kakisakat dah lama tak update blog..sakit ke?
SIS berkata…
salam tn...tn dah lama tak update blog...tn berhibernasi ke?.. patutnya isu 'sambutan hari bapa' menguatkan semangat 'bapa' yg tn miliki untuk terus mendidik dan berkongsi pengalaman tak kira dgn sesiapa pun...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?