MENUNGGU KATA DARI TUHAN..


Gambar-gambar diambil dari: http://www.flickr.com/photos/zahirudin/

Jumaat lepas, saya menerima pesanan ringkas awal pagi dari Sdr. Dinsman yang mahukan saya menguar-uarkan teater MENUNGGU KATA DARI TUHAN. Saya sendiri belum berkesempatan menghayatinya, hambatan tugas dan kesihatan sering tidak mengizinkan. Khabarnya teater ini telah dipentaskan di beberapa lokasi tetapi yang uniknya ialah inilah teater pertama (serasa saya, harap betulkan) yang dipentaskan di dalam masjid, kali pertama di Masjid Batu, Permatang Pauh pada 30 Mei lepas.


Pementasan dalam masjid kali ini akan diadakan seperti berikut:

Lokasi: Masjid Kg. Tunku, Sungai Way, Selangor

Tarikh: 27 Jun 2009 (Sabtu)

Masa: Selepas Solat Maghrib

Pelakon: Sabri Yunus Pemuzik: Sani Sudin

Harap dapat meluangkan masa untuk menghayati teater ini.

Ulasan

ustazah berkata…
salam tuan, bahagia sekali tuan terus berblog walaupun hanya hebahan.harapan saya kesihatan tuan terus bertambah cemerlang..
SIS berkata…
salam tn ks..mmg saya tgh 'menunggu kata dari Tuhan'...syabas tn...semoga cepat pulih seperti sediakala..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN