HSKU, TETAMU KEHORMAT & INSOMNIA..

Tetamu Kehormat menyampaikan hadiah kepada pemenang -
ihsan akhbar Utusan Malaysia

Semalam saya memenuhi jemputan teman saya untuk menghadiri majlis penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 (HSKU). HSKU yang telah mamasuki tahun ke-24 penganjurannya memang unik dan dianggap berprestij. Apa tidaknya HSKU mencatat sejarah tersendiri dengan majlis berlangsung di Istana Budaya, ASTRO sebagai penyiar rasmi dan tambahan acara sampingan HSKU iaitu Majlis Baca Puisi yang berlangsung pada 12 Jun lalu dan acara Utusan Sukma Sepagi Bersastera yang bakal berlangsung pada 22, 23 dan 25 Jun nanti.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat: baca: TETAMU KEHORMAT. Tetamu Kehormat yang dimaksudkan ialah mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Saya kira teman saya yang terlibat sebagai sekretariat HSKU tentu dapat tidur lena selepas majlis itu, lain pula dengan saya, saya meninggalkan majlis itu selepas SN/SR baca sajaknya. Bukan apa, saya sudah hilang tumpuan. Saya amat pasti, saya tidak mungkin dapat melelapkan mata kalaupun saya pulang sekitar jam 9.30 malam, dan tepat seperti jangkaan saya saya hanya tertidur sekitar jam 2.00 pagi, sesuatu yang jarang saya alami.

Ucapan Tuan Hugh W. Thomson, Pengerusi Subsidiari-subsidiari Exxon Mobil di Malaysia dan Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan menyebut tidak kurang dari 14 kali, ucapan terima kasih kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudi hadir ke majlis itu, sesuai dengan status sebagai Tetamu Kehormat.

Seusai ucapan Tan Sri Mohamed Hashim, ialah bacaan sajak oleh SN/SR A. Samad Said berjudul ‘Peludah Bahasa’. Kalaupun saya tidak yang mendapat pendidikan khusus dalam sastera tapi tahu kepada siapa sajak tersebut ditujukan walaupun bukan secara khusus, saya percaya hadirin juga dapat mengagaknya juga.

Saya tidak pasti apa betul pengamatan saya, tetapi meneliti bahasa badan YABhg. Tun dan Tan Sri, saya dapat mengagak sesuatu yang kurang senang dengan sajak SN/SR A. Samad Said tadi, dan emosi saya bergejolak meyebabkan saya hilang tumpuan dan memilih untuk permisi dari majlis itu.
Senarai pemenang HSKU 2008 -
ihsan akhbar KOSMO
Mungkin itu adalah wadah terbaik untuk menyampaikan hasrat SN/SR yang menentang PPSMI melalui sajak ‘Peludah Bahasa’. Tetapi memilih untuk menyampaikan hasrat dalam sesebuah majlis yang dihadiri oleh ‘mangsa’nya yang berstatus Tetamu Kehormat adalah di luar kewajaran dan norma budaya masyarakat Melayu kalaupun bukan Malaysia!

Mungkin ada rasional SN/SR A. Samad Said memilih atau mungkin menghasilkan sajak tersebut khusus untuk majlis tersebut, tetapi inilah pandangan peribadi saya (bukan bertujuan mempertikaikan SN/SR A. Samad Said).

Tuan Thomson yang baru menjejak kaki ke bumi Malaysia ini tahu adab dan sopan dalam majlis seumpama itu, dan memulakan ucapannya dalam Bahasa Melayu walaupun agak kaku tonanya.

Seperti SN/SR A. Samad Said yang memilih untuk membacakan sajak pilihannya, dalam negara demokrasi (pedulilah jika demokrasi NegaraKu semakin menipis dan tercalar), kesukaran saya melelapkan mata memaksa saya berkongsi catatan ini!


Catatan Kaki: Terima kasih kepada teman dari sekretariat HSKU yang memanjangkan jemputan kepada saya. InsyaAllah kalau ada kesempatan akan hadir dalam majlis tahun depan pula, itupun kalau dijemput!
Share this article :
 

+ komen + 16 komen

ustazah
20 Jun 2009 10:52 PTG

salam tuan, memang nampak janggal tapi SN/SR A. Samad Said mungkin ada alasannya tersendiri..apapun membahagiakan menghadiri HSKU dgn ...

SIS
21 Jun 2009 12:03 PG

salam tn ks..SN/SR A. Samad Said seorang pejuang bahasa..hasrat yang terbuku dihati pastinya tercurah melalui puisi...melalui puisi adalah cara yang paling halus bg yang berjiwa seni..betul kata ustazah beliau ada alasannya tersendiri...satu lagi..kalau tn ks kena insomnia minumlah susu kambing..insyaAllah senang tidur..

anep
21 Jun 2009 12:20 PG

betullah kata sis SN A Samad said tu pejuang bahasa, tapi dia sendiri tak hormat dirinya..lu pikirlah sendiri..

anti PPSMI
21 Jun 2009 12:22 PG

Biar siapa pun kalau dah biadap ngan tetamu dan majlis..apa nak kata..saya pun anti PPSMI tapi menyerang secara sinis dlm majlis..rasanya penah dibuat si Al-Gore dulu..

anep
21 Jun 2009 12:28 PG

biarlah dia tuan asalkan dia bahagia..itu agaknya lesen jadi SN kot..

paripari
21 Jun 2009 10:56 PG

mungkin itu saja cara yg terbaik menyampaikan ketidakpuasan hati SN kot..walauapapun kalau SN duduk tempat Tetamu Kehormat..apa rasanya..

Mama
21 Jun 2009 11:50 PG

salam..ikut sunnah nabi pun wajib meraikan tetamu..hatta disuruh utamakan tetamu drpd solat sunat..walau saya anti PPSMI..tapi menyokong tidak semestinya bersetuju dgn apa saja..setuju dgn tn ks..kalau tak suka baik blah aje...hendak tunjuk protes bukan depan org ramai tapi bersemuka 4 mata..itu lebih berhikmah..SN/SR punya cara tersendiri..biarlah dia dgn dunia dia..kita dgn dunia kita...masing2 punya hati dan rasa berbeza...

SIS
21 Jun 2009 11:55 PG

setuju dgn mama...

sarip
21 Jun 2009 11:57 PG

KALAU SN PUN TAK HIRMAT DGN STATUSNYA ..SAPA LAGI YANG BOLEH DIHARAPKAN UNTUK MENGHORMATINYA..

anak kedah
21 Jun 2009 12:32 PTG

awat teruk sangat si SN tu..taulah bangkang PPSMI tapi sampai tak hormat tetamu kehormat dan majlis apa ke jadahnya..

hassan
21 Jun 2009 1:48 PTG

kenapa tidak ada tulisan mengeenai perkara itu, musykil gak..

hanizah
21 Jun 2009 2:04 PTG

ini cara SN beradab..rasanya kecewa sangat..

nisah
21 Jun 2009 7:34 PTG

saya kasihan dgn SN A Samad Said, di akhir-akhir ini dia dipergunakan..malang betul..

saliha
21 Jun 2009 8:15 PTG

apalah SN jadik cam 2..

niza
23 Jun 2009 11:35 PG

kesian kat tetamu kehormat..yg tak dihormati..malang betul..

27 Jun 2009 1:43 PG

Memang wajarlah tetamu kehormat malam itu diludah dengan sebuah puisi Peludah Bahasa, memandangkan tindakan tetamu kehormat ketika memegang jawatan perdana menteri adalah jauh lebih hina dan biadab bagai orang tak ada tamadun apabila dengan kuasa di tangannya boleh sesuka hatinya meludah bahasa sendiri -- memperhina memperlekeh memijak-mijak maruah bangsa sendiri.

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger