ISA - APABILA RAKYAT TIDAK PERCAYA ...

Saya rasa sedih membaca catatan di blog 'rocky bru' di http://rockybru.com.my/ mengenai kerugian yang dianggarkan lebih RM100 juta hingga RM200 juta yang dinyatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan akibat daripada dua demo di ibu kota Sabtu lepas.


Yang lebih melegakan ialah saranan oleh seorang kawan kepada kawan peguam bahawa penganjurnya boleh disaman untuk menuntut gantirugi akibat tunjuk perasaan membantah ISA ini. Saya juga menjadi mangsa kepada bantahan ini kerana terperangkap dalam kesesakan akibat penutupan jalan dan 'road block' oleh pihak polis untuk meminimakan atau mengurangkan kemasukan penyokong yang mungkin berarak membantah ISA ini. Jika mengambilkira masa saya yang terbuang terperangkap dalam kesesakan jalanraya samada pada hari Jumaat dan Sabtu, mahu mencapai ribuan ringgit nilainya.


Saya bukanlah mahu mempersoalkan kerja polis mahupun menafikan hak si pendemo bantahan ISA, tetapi yang lebih wajar diselami oleh pemimpin kita pada masa ini ialah apabila rakyat tidak mempercayai cakap-cakap pemimpin, bukankah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri telah memberi jaminan bahawa ISA akan dikaji. Apakah ini ambang ketidakpercayaan rakyat dan mendorong kepada krisis keyakinan yang lebih teruk?

Ulasan

ustazah berkata…
salam tuan, saya setuju rakyat seolah tidak percaya janji PM?
anti umno berkata…
kalau ckp PM pun ada rakyat yg tidak percaya..itu dah kira serius dah..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?