TAHNIAH DR. ANWAR RIDHWAN ...


Selepas kegersangan selama enam tahun dengan penerima terakhir yang dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ialah S. Othman Kelantan pada tahun 2003, maka giliran anak kelahiran Selangor yang juga mengungguli dunia sastera selama lebih 40 tahun yang telah berjaya menghasilkan empat buah novel, empat buah kumpulan cerpen, empat buah drama, sebuah buku sajak dan tiga buah buku esei telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara.

''Karyanya memaparkan bakat kekuatan yang lebih kekal untuk direnung, dicontohi oleh generasinya dan juga generasi akan datang.
''Tokoh ini juga berupaya menjadi contoh yang baik buat pengarang yang ingin menjadi penulis merenungkan situasi manusia di Malaysia dan sejagat dengan gaya bersahaja tetapi berseni dan indah,"

Kepada Dr. Anwar Ridhwan, tahniah kerana dinobatkan sebagai Sasterawan Negara yang Ke-10, terpilih dari pelbagai nama yang turut dicalonkan.

Ulasan

ustazah berkata…
salam tuan, tuan kelihatan sibuk akhir2 ini..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?