BAZAR RAMADHAN ATAU BAZIR RAMADHAN …

Bazar Ramadhan: Gambar Hiasan


Hari ini seramai 1.8 billion umat Islam di seluruh dunia telah mula menjalani ibadah puasa. Rukun ketiga dalam lima Rukun Islam yang menjadi pegangan setiap Muslim. Ramadhan Al-Mubarak menjelma lagi dengan pelbagai cabaran dan nikmat untuk beribadah dan menambah kekusyukan bertakwa kepada Allah SWT.

Seperti menunggu Ramadhan muncul lagi, suatu yang menjadi fenomena dan juga dinanti oleh yang bukan Islam juga ialah Bazar Ramadhan di seluruh pelusuk tanah air dengan tawaran pelbagai juadah untuk memenuhi selera (baca: nafsu) si pembeli.

Bazar Ramadhan yang tumbuh bagai cendawan di seluruh pelusuk tanah air menjelang setiap Ramadhan memang menjadi medan memperaga pelbagai juadah dan masakan, carilah Kuew Tiau Penang atau Rojak Singapura di Bandar Baru Bangi anda pasti tidak kecewa! Bazar Ramadhan semacam fenomena yang sangat ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh umat Islam yang tidak berkesempatan menyiapkan juadah berbuka malah oleh yang bukan Islam kerana menjadi medan selera pilihan. Ramai teman-teman bukan Islam saya sentiasa mengkagumi fenomena Bazar Ramadhan kerana keunikannya.



Memanglah satu kemestian setiap kita pernah berbelanja dan mengunjungi Bazar Ramadhan dan harapan kita semua berbelanja di Bazar Ramadhan secara ala kadar jika tidak tentulah mengakibatkan Bazir Ramadhan!

Saya kira jika setiap 1.8 billion umat Islam yang berberjimat 1 unit matawang mereka pada setiap hari dalam bulan Ramadhan, tidak kiralah matawang Ringgit, Baht, Rupiah, Yen mahupun apa jua matawang dunia, maka pada akhir Ramadhan sebanyak 54 billion unit matawang dapat dikumpulkan untuk manfaat umat Islam di seluruh dunia!

Ulasan

ustazah berkata…
belanja ala kadar..selamat berpuasa..
Rakaman kehidupan sosial Malaysia. TAHNIAH dapat perhatian akhbar Sinar Harian. Mungkin ini cara kita merakam kehidupan sosial rakyat Malaysia; blogging.
Ishah berkata…
salah satu pakej ransangan ekonomi kot..
Keris berkata…
Pakej ransangan ekonomi? camana plak!
ishah berkata…
yea la..nak bagi duit berada dalam pasaran...berlaku proses jual beli yg melampau...( rasanya tak jugak sebab untung sebelah pihak dan pembaziran di sebelah pihak yg lain...lagi pun pembazirkan sahabat syaitan )

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU