PROJEK BUKU & DISKAUN 10 PERATUS ...

Adab menyembelih yang betul - Gambar hiasan
diambil dari kamisentiasabersama.blogspot.com



Saya sudah lama terlibat dalam industri buku, sejak dari lahir lagi, apa tidaknya sejak saya dilahirkan saya sudah terdedah kepada dunia perbukuan. Ketika di bangku sekolah saya juga mewah buku sebabnya abang sulong saya bekerja di kedai buku hinggalah saya menamatkan persekolahan menengah saya.

Selepas tidak bekerja makan gaji saya terlibat secara tidak sengaja dalam industri buku (bolehkah disebut industri?), saya terlibat mengedarkan buku-buku bacaan tambahan bagi keperluan pusat sumber sekolah. Secara tidak sengaja pula saya ‘dipaksa’ menjadi penerbit apabila seorang sahabat saya memperkenalkan abang Ramli Mat Nor yang telah siap menghasilkan sebuah buku yang diharap dapat diterbitkan sebagai satu kepuasan dan perkongsian pengalaman. Di sisi lain pula saya bersyukur dengan keterpaksaan ini, kerana ini adalah peningkatan kepada dunia perbukuan saya.

Walaupun baru hanya satu buku yang telah saya terbitkan, tetapi rasanya pengalaman sepak terajang industri buku kita yang kecil ini cukup mengujakan. Iltizam saya ketika berusaha untuk menerbitkan buku yang pertama ialah memberi peluang kepada pengedar dan kontraktor buku supaya diskaun perniagaan mencapai tahap yang memuaskan. Alhamdulillah, Iltizam itu dapat saya penuhi ketika buku saya terpilih untuk dibekalkan kepada Perpustakaan Desa di seluruh negara. Kini buku saya juga terpilih pula untuk dibekalkan kepada sebilangan sekolah-sekolah terpilih.

Bukanlah niat saya mahu memperlekehkan industi buku kita yang kecil ini, tapi kekesalan saya ialah apabila ada penerbit atau pembekal yang buku mereka terpilih memberikan diskaun perniagaan yang tidak masuk akal, saya ulangi tidak masuk akal! Contoh terbaik ialah sebuah penerbit masa hadapan yang hampir sedozen bukunya terpilih dalam kuantiti yang agak lumayan bertindak memberikan diskaun perniagaan yang hanya berjumlah 10 peratus, saya ulang 10%. Diskaun serendah itu agak memalukan industri kita kerana membeli buku sebagai orang awam sahaja pun kita layak mendapat diskaun lebih tinggi dari itu. Saya agak terkejut apabila dimaklumkan perkara ini, ini adalah contoh bagaimana industri buku kita yang kecil ini menjadi medan ‘sembelih’ dan kerakusan.

Samada si penerbit masa hadapan itu tidak faham tentang aspek asas perniagaan atau memang didakap rasa tamak dan kerakusan tahap gaban. Saya kira pihak BBT atau mana-mana agensi yang terlibat dalam pemilihan buku-buku memastikan bahawa kadar diskaun yang diberikan kepada kontraktor-kontraktor buku biarlah berpadanan dan munasabah. Atau mungkin si penerbit masa hadapan ini patut diselidik mengapa dan kenapa hanya diskaun ‘ciput’ sahaja yang ditawarkan kepada kontraktor? Satu lagi ketegasan yang patut diambil oleh pihak BBT ialah menggugurkan penerbit-penerbit seperti si penerbit masa hadapan kerana tidak layak untuk terlibat dalam dunia perbukuan! Apa yang boleh dilakukan oleh para kontraktor buku dengan diskaun niaga serendah itu, diskaun 20 peratus oleh sebuah syarikat yang terlibat dalam proses penswastaan sebuah agensi bahasa pun dipertikaikan, apa tah lagi si penerbit masa hadapan dengan tawaran 10 peratus! Pihak BBT, berbuat lah sesuatu!

Ulasan

anti tamak berkata…
kdg2 x masuk akal memberikan diskaun niaga serendah 10% atas apa saja alasan dan kewajaran..
SIS berkata…
niat disebalik memberi diskaun!!mcm bermain politik...ikhlas ke tidak?..syabas utk mereka yg berniat utk menggalakkan rakyat Malaysia celikhuruf dan suka membaca.. hidup berkualiti dgn ilmu..
anak malaysia berkata…
apa punya bebal la si penerbit masa hadapan 2..kat kedai buku pun kadang dpt 15%, sepatutnya penerbit semacm ini digugurkan dari projek ...baru padan muka..
anep berkata…
potret kerakusan..
saripdol berkata…
mana pergi PKBM (persatuan kontraktor buku)yang sepatutnya memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya...
bakal penulis berkata…
industri yg kecil jadi medan sembelih..sedihnya..
penerbit cap ayam berkata…
pihak BBT patut bertegas menggugurkan penerbit yang tidak membantu industri dan pemain industri..
hj malek berkata…
saranan yg bernas..
anti penindasan berkata…
patutnya boikot aje penerbit cam 2..
ahli pkbm berkata…
syabas dan tahniah..suara yang mewakili kontraktor buku..harap agensi2 spt BBT, PNM, KEMAS dll ambil perhatian serious terhadap perkara ini..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?