TRAGEDI 14 DISEMBER 2009 DAN KISAH PONTENG …


Saya hampir tidak percaya selepas tsunami politik melanda negara pada 8 Mac 2008 apabila barisan pembangkang menang begitu banyak kerusi di Parlimen dalam sejarah Pilihanraya Umum di negara ini. Apa tidaknya Barisan Nasional yang telah memerintah negara ini lebih setengah abad tiba-tiba sahaja tersungkur begitu teruk sehinggakan ramai Menteri dan Timbalan Menteri, malah Ketua Menteri hilang kepercayaan rakyat!

Selepas 8 Mac 2008, selepas hampir 20 bulan dan debu politik hampir sahaja dilupakan selepas dibayangi gagasan 1Malaysia oleh YAB Perdana Menteri yang keenam. Selepas Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan menjadi slogan baru, tiba-tiba sahaja tercetus berita bahawa belanjawan yang dibentangkan begitu gah hampir-hampir sahaja ditolak dan terlepas dengan hanya kemenangan 3 undi! Pakatan Pembangkang dengan ahli yang hadir sebanyak 63 berbanding dengan ahli Barisan Nasional seramai 66 orang.

Kalau secara kasarnya ketidakhadiran ahli Barisan Nasional ialah hampir 50 peratus, maknanya hampir separuh daripada mereka telah gagal hadir (pedulilah mereka bersebab atau tidak). Saya amat yakin YAB Perdana Menteri amat kecewa dengan senario ini kerana inilah bentuk tragedi baru yang mungkin menghakis ingatan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Apalagi tugas utama Ahli Parlimen (kalau bersebab, memanglah semua mereka punya alasan dan kewajaran) malah jika kita membuat kompilasi alasan Ahli Parlimen yang tidak hadir ini, mungkin boleh menerbitkan dua jilid buku yang boleh jadi ‘best seller’.

Di tengah keghairahan YAB Perdana Menteri cuba memberikan yang terbaik kepada rakyat, tentulah keadaan ini merupakan tragedi, maka kehadiran dalam Parlimen juga wajar menjadi ukuran bagi Indeks Prestasi demi memastikan ahli-ahli Parlimen benar-benar berusaha menghadirkan diri ke Parlimen sebagai wakil rakyat yang telah memilih dan memberi mandat kepada mereka.
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

wanman68
30 Disember 2009 3:43 PG

Salam tuan..
boleh le kita terbitkan buku 1001 alasan untuk ponteng... tentu sold out punya.

karim
30 Disember 2009 10:30 PTG

ahli parlimen skrg tidak punya jiwa rakyat pun..

SIS
1 Januari 2010 11:05 PTG

senario politik skrg amat membimbangkan...ramai yg berebut2 nak jadi ahli politik atas sebab utama utk kenyang perut sendiri.. bukan kisah pun hal rakyat..depan2 kita muka bkn main manis@simpati.. tapi blakang kita ketawa terbahak2 krn ketawakan rakyat yang bodoh..senang diperdaya...

wallahualam

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger