APABILA MAHATHIR KENA KENCING?

Bayangkanlah jika orang yang tidak dikenali datang dan mahu menggunakan laman rumah kita untuk sebuah majlis, dan kita tidak pula mengenali penganjur majlisnya.  Selepas beberapa ketika tersebar pula bahawa majlis yang dianjurkan itu bercanggah dengan perundangan negara pula. Untunglah pihak berwajib tidak akan mendakwa dan memanggil kita untuk memberi keterangan.

Itulah analogi kisah bagaimana Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dimana berlangsungnya Seminar “Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian Semula” pada Ahad lepas kini mengundang persoalan pengisian seminarnya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) khabarnya telah membuat rumusan bahawa Dr. Mahathir tidak bersalah dan tidak akan dipanggil untuk memberi keterangan malah tidak mempunyai kaitan dengan seminar kontroversi pemikir Dr. Kassim Ahmad.

Bagaimana JAKIM merumuskan hal ini tentulah tidak memerlukan jawapan yang panjang sesuai dengan semangat Malaysia Boleh.  Adakah JAKIM berpendapat bahawa sebagai tuan rumah dan perasmi seminar tersebut Dr. Mahathir hilang ‘locus standi’ untuk dipanggil memberikan keterangan.  Sebagai tuan rumah dan perasmi tentulah Dr. Mahathir lebih arif tentang siapa penganjur dan hal-hal lain berhubung seminar ini.

JAKIM khabarnya menyeru pula kepada siapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu, anehnya yang punya maklumat adalah Dr. Mahathir yang bertindak sebagai tuan rumah dan perasmi, malah JAKIM memutuskan untuk tidak memanggil beliau untuk memberikan keterangannya.

Atau adakah Dr. Mahathir begitu naif sehingga diperdaya oleh penganjur majlis yang didakwa JAKIM bercanggah dengan pandangan mereka.  Atau adakah Dr. Mahathir digunakan untuk memperlekeh agensi seperti JAKIM.  Nampaknya pada kali ini kelihatannya penganjur majlis berjaya ‘kencing’ Dr. Mahathir bukan sahaja membawa seminar yang dikatakan bercanggah ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan Mahathir pula diperdaya untuk menjadi ‘perasminya’! 

Selepas merumuskan Dr. Mahathir tidak bersalah dan tidak terbabit, maka JAKIM pun sedang ‘mengencing’ rakyat Malaysia!


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
biasalah slalu sgt kencing..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?