BUDAYA ORANG LAIN TAK BOLEH!

Kecoh kini mengenai pemilikan kereta Mercedes Benz S300L  oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.  Puak-puak pembangkang (baca: UMNO) yang kemaruk gagal merebut Pulau Pinang dikhabarkan bertanya bagaimana kerajaan negeri di bawah pimpinan Guan Eng boleh membayar hanya separuh daripada harga kereta tersebut.

Sama ada bebal atau tidak faham struktur percukaian kenderaan import, nampaknya UMNO Pulau Pinang cuba mengheret rakyat untuk turut sama bebal seperti mereka.

Harga sebenar kereta rasmi Guan Eng adalah RM657,218.00 namun kerajaan negeri telah membelinya hanya dengan harga RM298,653.00.  Matematiknya adalah mudah kerana kerajaan negeri memohon untuk perlepasan cukai dan ditambah diskaun oleh penjual.

Maka apabila UMNO Pulau Pinang mempertikaikan pembelian ini, sama lah seperti membodohkan diri sendiri atau buat-buat bodoh.

Budaya orang UMNO yang suka mempertikaikan itu dan ini kelihatannya telah ketinggalan zaman.  Baru-baru ini ketika kerajaan Selangor menaikkan gaji dan elaun ADUN, Exco dan Menteri Besarnya, seolah-olah digambarkan bahawa dunia bakal kiamat dengan kenaikkan yang diumumkan itu.

Orang-orang UMNO seperti lupa, Sarawak yang merupakan negeri kedua besar daripada segi pelaburan juga telah menaikkan gaji dan elaun ADUN, Exco dan Ketua Menteri mereka jauh lebih awal, maka Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia, tentulah lebih layak.  Adakah kerana Selangor ditadbir oleh pembangkang mereka hilang kelayakan.

Pertimbangan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor adalah pertimbangan jangka panjang.  Jika dengan pengecualian cukai, kos penyelenggaraan yang lebih rendah untuk jangka panjang maka apa salahnya Ketua Menterinya menggunakan kereta Mercedes berbanding kereta Proton yang dilaungkan oleh puak-puak UMNO Pulau Pinang.

Jika semangat nasionalisme diambil kira, lihat juga berapa kerat pemimpin UMNO khususnya Pulau Pinang yang menggunakan kereta nasional dan mendabik dada mengatakan mereka mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.

Pembelian kereta oleh kerajaan negeri adalah sama seperti prestasi syarikat, jika syarikat besar dan membuat keuntungan yang besar maka tidak salahnya untuk membeli kereta yang besar untuk Ketua Pengawai Eksekutifnya atau dalam konteks negeri, Ketua Menteri atau Menteri Besarnya.

Dengan kerja keras mencari peluang-peluang pelaburan untuk Pulau Pinang, rasanya tidak salah bagi Ketua Menteri menggunakan kereta Mercedes lagipun itu bukanlah kereta peribadi Guan Eng tetapi adalah milik Kerajaan Negeri. 

Jika UMNO Pulau Pinang berhasrat untuk menggunakan Mercedes seperti yang digunakan oleh Ketua Menteri maka mereka harus berkerja keras merebut kembali Pulau Pinang tetapi bukanlah dengan cara membodohkan rakyat dengan helah naif mereka tentang cukai dan duti eksais yang boleh dikecualikan atas permohonan oleh Kerajaan Negeri.


Mercedes atau Proton bukanlah ukurannya yang penting adalah memajukan negeri.  Adalaah mudah menuduh itu dan ini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, namun bagi UMNO Pulau Pinang yang lebih penting adalah rencana merebut kembali Pulau Pinang dari tangan DAP.  Ada beran?
Share this article :
 

+ komen + 1 komen

Tanpa Nama
3 Januari 2014 2:57 PTG

yang betul ameno aje..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger