APABILA KEMAMPUAN INTELEK DINAFIKAN …


Walaupun slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri sejak April 2009 meletakkan ‘Rakyat Didahulukan’ ‘Pencapaian diutamakan’, namun apa yang berlaku semasa pilihanraya kampus yang berakhir semalam adalah sebaliknya. Rakyat dalam konteks kampus adalah golongan warga kampus termasuk para mahasiswa, tenaga akademik dan tenaga sokongan yang menggerakkan sesebuah universiti ke arah kecemerlangan seperti tidak begitu bebas malah dikongkong oleh pelbagai peraturan yang rigid.

Apabila fungsi universiti sebagai gedung ilmu yang meletakkan taraf intelek di tempat yang sewajarnya dinafikan dengan pelbagai tekanan sama ada yang ketara mahupun yang terpaksa dipendam dan ditelan oleh warga kampus, mahasiswa sebagai agen semak dan imbang (check and balance) tidak lagi dianggap penting.

Kisah bagaimana mahasiswa dikekang dengan pelbagai birokrasi bukanlah suatu rahsia, tanyalah sahaja mana-mana mahasiswa di IPTA kita, maka anda akan mendapat jawapannya. Begitu juga kekangan dan hambatan secara bawah sedar kepada tenaga akademik yang tidak pernah surut dari satu peraturaan ke satu peraturan tanpa henti. Kisah pensyarah-pensyarah di UM misalnya dihadapkan dengan pelbagai peraturan ketat (yang saban kali dianggap tidak munasabah) misalnya penerbitan jurnal dalam senarai ISI sudah semacam ‘fardu ain’ bagi kenaikan pangkat dan tangga gaji.

Hal-hal lain semacam tidak lagi menjadi pertimbangan dan ukuran, penglibatan para mahasiswa dalam hal-hal politik disempadani dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan pindaan pada 2009.

Apabila sebahagian penentang Interlok yang mepersoalkan penggunaan novel Interlok sebagai teks KOMSAS untuk para pelajar Tingkatan Lima di sekolah-sekolah menengah Zon 2 yang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan mepertikaikan kemampuan para pelajar Tingkatan Lima ini menghayati novel ini tanpa sebarang masalah berbangkit, saya jadi agak terkedu. Bukankah dalam dunia ‘langit terbuka’ seperti sekarang apabila para pelajar berhubung secara maya, bersarapan dengan ‘facebook’ dan ‘tweeter’, tahap penerimaan dan intelek mereka terus diragui. Rupanya ibu bapa kita mahupun Kerajaan mahu terus mendakap sindrom ‘we know best’ !

Ulasan

ali berkata…
syabas...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?