APABILA KUASA JADI PAUTAN …

Cairo, Egypt, January 25, 2011. Foto ihsan: Abo Mazen

Sejak seminggu lalu, ketika Tenang masih dalam gelora mengharungi Pilihanraya Kecil yang merupakan edisi ke-14 sejak Pilihanraya Umum yang ke-12. Ketika pergolakan di Mesir telah mencapai kekecohan yang meresahkan kita masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Namun apabila Timbalan Perdana Menteri yang ketika itu sibuk dengan perjalanan pilihanraya kecil di Tenang, mengingatkan supaya rakyat Malaysia tidak gusar kerana dikhabarkan bahawa situasi di negara tersebut masih di bawah kawalan.

Itu sebelum pilihanraya kecil, kini beberapa hari lalu, gerakan menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir telah dimulakan dengan begitu giat. Rakyat Malaysia akan dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang ke Malaysia menaiki pesawat MAS mahupun AirAsia, itu kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin semalam.

Lebih 14,000 rakyat Malaysia, majoriti ialah pelajar berada di Mesir ketika ini, mereka kini terpaksa bergelut untuk untuk kembali selamat ke Malaysia. Semuanya gara-gara seorang manusia bernama Hosni Mubarak.

Muhammad Hosni Sayyid Mubarak, anak kelahiran Mesir menjadi Presiden pada tahun 1981 berikutan pembunuhan Presiden Anwar Sadat. Kini setelah tiga dekad berkuasa, rakyat Mesir mula resah dengan pautan kuasa Presiden Hosni Mubarak yang dikatakan terlalu lama serta dikaitkan dengan pelbagai kepincangan. Hosni Mubarak dikhabarkan adalah antara presiden yang paling lama memegang tampuk pemerintahan di bumi Mesir pada masa ini.

Kini ketika rakyat Mesir berjuang di jalanan menuntut pengunduran serta merta Presiden mereka, Presiden Hosni Mubarak membuat pengumuman tidak akan mempertahankan kedudukannya pada Pilihanraya Umum, September nanti. Namun pengumuman berundur pada September nanti lebih memuncakkan kemarahan rakyat Mesir yang mahukan Hosni Mubarak berundur serta merta. Para pemimpin dunia pula yang dilihat berpihak kepada beliau kini mengambil pendirian yang serupa dengan rakyat Mesir yang mahukan Presiden Hosni Mubarak berundur serta merta. Presiden Obama ketika menggesa pemimpin Mesir itu berundur serta merta seperti permintaan rakyatnya.

Kebangkitan rakyat Mesir didorong oleh ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan Hosni Mubarak selama tiga dekad adalah yang ketiga dalam siri protes rakyat yang dikenali sebagai Hari Kemarahan apabila Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang dikecam teruk rakyatnya melarikan diri pada 14 Januari 2011, selain dari Tunisia dan Mesir, sebuah lagi negara di Timur Tengah sedang dilanda krisis yang serupa, Yaman yang diterajui oleh Presiden Ali Abdullah Saleh selama 32 tahun juga sedang mengalami pergolakan daripada kebangkitan rakyatnya.

Sama ada di Mesir, Tunisia mahupun di Yaman, semuanya berpunca dari pautan kuasa yang terlalu lama disulami dengan pelbagai kepincangan yang boleh melumpuhkan negara malah menjadi barah kepada rakyat jelatanya. Apakah para pemimpin dunia tidak mahu belajar daripada sejarah silam bagaimana kuasa rakyat mampu menjatuhkan pemimpinnya. Apa yang lebih bermaruah dan terhormat ialah mengundurkan diri secara bermaruah tanpa perlu menumpahkan darah, tekanan dan gesaan dari pemimpin lain! Sejarah harus didakap, direnung dan diambil iktibar bukan mendesak pindaan sebagai asas penyatuan yang plastik!

Ulasan

mat ali berkata…
salam tuan, pemimpin kita juga harus belajar suoaya tidak menjadi meluat kpd rakyat...
anep berkata…
ada sedara kembar HM di sarawak juga..ha ha

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?