BOIKOT, BOIKOT, BOIKOT!
Pasca Pilihanraya Umum ke-13
sekurang-kurang terdapat tiga gesaan boikot di negara kita. Gesaan boikot
pertama adalah daripada lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang
mahu rakyat negara ini khabarnya memboikot beberapa produk yang hanya mementingkan
keuntungan semata-mata.
Malah dikhabarkan pula selain
itu, produk-produk ini juga tidak selamat untuk dimakan yang dikesan mempunyai
kimia yang boleh merosakkan kesihatan, malangnya tuduhan ini tidak dibuktikan
atau tidak dimaklumkan secara terperinci, jika benar Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) mahukan rakyat negara
ini tidak memakan produk-produk tersebut ianya haruslah melalui proses dan
penerangan yang sewajarnya.
Selepas dituduh hanya
mementingkan keuntungan sebagai alasan untuk memboikot, kini ditambah pula
gesaan memboikot atas alasan syarikat tersebut membiayai himpunan haram. Jika hal ini adalah benar, elok PPIM
mengeluarkan bukti-bukti yang sahih bagi menyokong dakwaan mereka.
Hal ini mungkin adalah akibat ketakutan oleh kerajaan BN yang didakwa menipu di dalam
Pilihanraya Umum yang lalu dan tindakan sebahagian besar golongan muda
menyertai perhimpuanan bagi membantah keputusan Pilihanraya Umum ke-13 adalah kerana
mereka yakin bahawa memang terdapat penipuan, antaranya yang paling jelas
adalah ‘dakwat kekal’ yang tidak kekal.
Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan
Dakwah Malaysia (PEKIDA) Terengganu pula mengajak seluruh ahli dan orang Melayu
di negeri ini untuk memboikot produk-produk syarikat Cina yang menyumbangkan
dana kepada perhimpunan menolak keputusan Pilihanraya Umum ke-13. Yang patut ditanya adakah pihak PEKIDA dan ahli-ahlinya tidak percaya tentang penipuan dalam PRU yang
baru lalu.
Namun jika benar terdapat dakwaan
syarikat-syarikat ini menyumbang, ini adalah majoriti masyarakat Cina yang sudah
tidak percayakan BN dan kemenangan mereka juga diragui dengan tindak tanduk SPR
yang kelihatannya seperti komponen ke-14 BN.
Adakah dengan mengadakan
perhimpunan untuk menuntut penjelasan mengenai kepincangan dalam Pilihanraya
Umum sebagai satu usaha untuk mencemarkan imej negara seperti yang didakwa oleh
Presiden Terengganu ’71 Club, Rifat Che Azmy.
Persatuan Penjaja, Peniaga,
Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, gesaan memboikot bukan bersifat
perkauman tetapi sebagai pengajaran kerana sanggup bersekongkol dengan usaha
memecah belahkan rakyat, sama ada mereka ini sedar atau pura-pura tidak mahu
ambil tahu mengenai perjalanan dan peranan SPR sebagai badan yang mengendali
pilihanraya umum di negara ini sebenarnya diragui ketelusannya.
Pertubuhan Penyatuan Pembelaan
Melayu Malaysia (PPPMM) yang dikhabarkan mempunyai keahlian sebanyak 250,000
orang di seluruh negara termasuk 50,000 di negeri Johor dikatakan mampu memberi
kesan kepada syarikat-syarikat yang produk mereka diboikot.
Veteran UMNO pula mengarahkan
kira-kira 750,000 ahlinya di seluruh negara memboikot Air Asia dan Air Asia X
berikutan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Rani Osman yang mencemuh
muka depan akhbar itu yang disifatkan sebagai rasis.
Nampaknya, kegiatan boikot akan
menjadi satu lagi kaedah mengisi masa lapang rakyat Malaysia sama seperti
menghadiri perhimpunan. Kelihatannya semua pihak yang memilih untuk gesaan
boikot seolah-olah mengenepikan masalah yang lebih asas mengenai pelbagai
penyelewangan di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang baru lalu.
Bukanlah susah untuk memahami
bagaimana seluruh rakyat Malaysia diperdaya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai
dakwat kekal yang tidak kekal, jika hal yang semacam ini boleh diseleweng oleh
SPR, boleh kita mempercayai dan tidak bangkit untuk menentang penipuan ini,
tetapi pertubuhan-pertubuhan yang dilabel Islam lebih senang untuk menggesa memboikot
kerana kaum Cina tidak menyokong BN dalam PRU yang baru lalu.
Adakah pihak-pihak yang menggesa
usaha memboikot ini benar-benar sedar dan percaya tiada langsung penipuan atau
keculasan di pihak SPR ketika melaksanakan PRU ke-13 yang lalu, atau sekadar
membalas ‘budi’ BN yang telah memerintah sejak setengah abad yang lalu.
Adakah mereka berpendapat rakyat
yang menyokong pihak pembangkang adalah mereka yang tidak ‘bersyukur’ dengan
Kerajaan? Jika mereka beranggapan bahawa
mereka yang menyokong pembangkang sebagai tidak bersyukur, maka kita pun seakan
tahu, apa tahap intelektual pihak-pihak yang semacam ini! Selamat memboikot pertubuhan bukan kerajaan
yang rendah tahap intelektualnya!
Ulasan