YANG DILAPOR, YANG TIDAK ...

Entah berapa kali mungkin beratus atau beribu kali media di Malaysia melaporkan tidak sebagaimana sepatutnya, inilah padahnya apabila media hanya melaporkan yang ‘mulok’ untuk tatapan tuan politik mereka.

Ada juga situasi yang dilaporkan dengan begitu rupa supaya kelihatannya seperti tiada apa yang perlu dibimbangkan.  Laporan dalam akhbar mengenai ‘penceroboh’ di Lahad Datu yang dikhabarkan oleh Menteri yang berkenaan bahawa “mereka bukan pengganas, tetapi penyokong kesultanan Sulu” sebagai contoh adalah laporan sebagai penenang kepada rakyat.

Pasca Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei yang lalu pula, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mengutuskan perutusan tahniah kepada Perdana Menteri 1Malaysia, Najib Tun Razak di atas kejayaannya dalam PRU tersebut.

Perutusan yang dilaporkan dalam akhbar arus perdana yang disalur melalui Bernama adalah seperti berikut:

“We also congratulate the people of Malaysia who turned out in record numbers to cast their votes as well as the parties of the opposition coalition on their campaigns as a vibrant opposition is a foundation of democracy,”
Walaupun perutusan yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus perdana itu tampak lunak dan menyakinkan seolah-olah Malaysia di bawah Kerajaan BN  mendapat pengiktirafan oleh Presiden Amerika Syarikat, namun hakikatnya adalah sebaliknya.

Ini adalah kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang diambil daripada laman sesawang Rumah Putih, http://www.whitehouse.gov/the-press office/2013/05/08/statement-press-secretary-malaysia-s-elections

“On behalf of the President and the people of the United States, we congratulate Prime Minister Najib on his coalition’s victory in Malaysia’s parliamentary elections on Sunday May 5.  We also congratulate the people of Malaysia, who turned out in record numbers to cast their votes, as well as the parties of the opposition coalition on their campaigns, as a vibrant opposition is a foundation of democracy.  We note concerns regarding reported irregularities in the conduct of the election, and believe it is important that Malaysian authorities address concerns that have been raised.  We look forward to the outcome of their investigations.  The United States looks forward to continuing its close cooperation with the government and the people of Malaysia to continue to strengthen democracy, peace, and prosperity in the region.”

Yang dalam tulisan merah adalah yang tidak dilaporkan mengenai tanggapan bahawa terdapat kecelaruan dalam perjalanan pilihanraya umum yang lalu.  Mungkin Bernama lupa dalam zaman teknologi dan kecanggihan dunia tanpa sempadan, perkara-perkara yang cuba di ‘downplay’ boleh juga diakses oleh orang awam.  Mungkin Menteri Luar perlu membuat penjelasan dan memberikan maklumat sebenarnya kepada negara-negara luar. 

Ini kerana segala bentuk salah laku pilihanraya umum yang dikumpulkan oleh pembangkang akan memberikan imej buruk kepada negara di mata negara luar. 


Sekatan maklumat dan kebiasaan menyiarkan maklumat secara terpilih adalah memang menjadi budaya kerajaan yang cuba memberikan gambaran bahawa rakyat negara ini kurang cerdik dan kurang celik, malah memomokan ‘lebuhraya maklumat’.  Maaflah rakyat kita bukanlah seperti yang dimahukan atau disangkakan.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
rakyat bukn bodah lagi

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU