BOIKOT, BOIKOT, BOIKOT!


Pasca Pilihanraya Umum ke-13 sekurang-kurang terdapat tiga gesaan boikot di negara kita. Gesaan boikot pertama adalah daripada lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang mahu rakyat negara ini khabarnya memboikot beberapa produk yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Malah dikhabarkan pula selain itu, produk-produk ini juga tidak selamat untuk dimakan yang dikesan mempunyai kimia yang boleh merosakkan kesihatan, malangnya tuduhan ini tidak dibuktikan atau tidak dimaklumkan secara terperinci, jika benar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  mahukan rakyat negara ini tidak memakan produk-produk tersebut ianya haruslah melalui proses dan penerangan yang sewajarnya.

Selepas dituduh hanya mementingkan keuntungan sebagai alasan untuk memboikot, kini ditambah pula gesaan memboikot atas alasan syarikat tersebut membiayai himpunan haram.  Jika hal ini adalah benar, elok PPIM mengeluarkan bukti-bukti yang sahih bagi menyokong dakwaan mereka. 

Hal ini mungkin adalah akibat  ketakutan oleh  kerajaan BN yang didakwa menipu di dalam Pilihanraya Umum yang lalu dan tindakan sebahagian besar golongan muda menyertai perhimpuanan bagi membantah keputusan Pilihanraya Umum ke-13 adalah kerana mereka yakin bahawa memang terdapat penipuan, antaranya yang paling jelas adalah ‘dakwat kekal’ yang tidak kekal.

Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (PEKIDA) Terengganu pula mengajak seluruh ahli dan orang Melayu di negeri ini untuk memboikot produk-produk syarikat Cina yang menyumbangkan dana kepada perhimpunan menolak keputusan Pilihanraya Umum ke-13.  Yang patut ditanya  adakah pihak PEKIDA dan ahli-ahlinya  tidak percaya tentang penipuan dalam PRU yang baru lalu.

Namun jika benar terdapat dakwaan syarikat-syarikat ini menyumbang, ini adalah majoriti masyarakat Cina yang sudah tidak percayakan BN dan kemenangan mereka juga diragui dengan tindak tanduk SPR yang kelihatannya seperti komponen ke-14 BN.

Adakah dengan mengadakan perhimpunan untuk menuntut penjelasan mengenai kepincangan dalam Pilihanraya Umum sebagai satu usaha untuk mencemarkan imej negara seperti yang didakwa oleh Presiden Terengganu ’71 Club, Rifat Che Azmy.

Persatuan Penjaja, Peniaga, Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, gesaan memboikot bukan bersifat perkauman tetapi sebagai pengajaran kerana sanggup bersekongkol dengan usaha memecah belahkan rakyat, sama ada mereka ini sedar atau pura-pura tidak mahu ambil tahu mengenai perjalanan dan peranan SPR sebagai badan yang mengendali pilihanraya umum di negara ini sebenarnya diragui ketelusannya.

Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) yang dikhabarkan mempunyai keahlian sebanyak 250,000 orang di seluruh negara termasuk 50,000 di negeri Johor dikatakan mampu memberi kesan kepada syarikat-syarikat yang produk mereka diboikot.

Veteran UMNO pula mengarahkan kira-kira 750,000 ahlinya di seluruh negara memboikot Air Asia dan Air Asia X berikutan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Rani Osman yang mencemuh muka depan akhbar itu yang disifatkan sebagai rasis.

Nampaknya, kegiatan boikot akan menjadi satu lagi kaedah mengisi masa lapang rakyat Malaysia sama seperti menghadiri perhimpunan. Kelihatannya semua pihak yang memilih untuk gesaan boikot seolah-olah mengenepikan masalah yang lebih asas mengenai pelbagai penyelewangan di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang baru lalu. 

Bukanlah susah untuk memahami bagaimana seluruh rakyat Malaysia diperdaya  oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai dakwat kekal yang tidak kekal, jika hal yang semacam ini boleh diseleweng oleh SPR, boleh kita mempercayai dan tidak bangkit untuk menentang penipuan ini, tetapi pertubuhan-pertubuhan yang dilabel Islam lebih senang untuk menggesa memboikot kerana kaum Cina tidak menyokong BN dalam PRU yang baru lalu.

Adakah pihak-pihak yang menggesa usaha memboikot ini benar-benar sedar dan percaya tiada langsung penipuan atau keculasan di pihak SPR ketika melaksanakan PRU ke-13 yang lalu, atau sekadar membalas ‘budi’ BN yang telah memerintah sejak setengah abad yang lalu. 

Adakah mereka berpendapat rakyat yang menyokong pihak pembangkang adalah mereka yang tidak ‘bersyukur’ dengan Kerajaan?  Jika mereka beranggapan bahawa mereka yang menyokong pembangkang sebagai tidak bersyukur, maka kita pun seakan tahu, apa tahap intelektual pihak-pihak yang semacam ini!  Selamat memboikot pertubuhan bukan kerajaan yang rendah tahap intelektualnya!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
jom pakat boikot be end..
Tanpa Nama berkata…
tak kan ngok ngok macam burung kakak tua..ikut aje..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU