AIRASIA OH AIRASIA!


Saya sudah serik menggunakan perkhidmatan AirAsia, betul jika terdapat pilihan walaupun dengan harga sedikit tinggi, saya mengelak menggunakan perkhidmatan tambang murah itu, yang menggunakan tagline – kini semua orang boleh terbang!

Saya serik bukan kerana tambangnya ‘benar-benar’ murah, bukan. Tambang AirAsia memang murah berbanding pesaingnya namun bukanlah murah sebenar-benarnya. Kuasa dan kesedaran kepenggunaan di negara kita tidak begitu tinggi, dalam erti kata lain, persatuan-persatuan pengguna di negara kita masih lagi diperlekeh oleh kapitalis.

Kisah penerbangan murah negara kita menjadi peneraju di beberapa buah negara luar adalah sesuatu yang menarik, apabila Tony Fernandes memilih untuk memulihkan sebuah syarikat penerbangan milik Kerajaan menjadi sebuah syarikat penerbangan yang berkembang begitu pesat tentulah amat membanggakan. Namun pengalaman menggunakan penerbangan AirAsia (sekurang-kurangnya pengalaman peribadi) memang amat mengecewakan dan memperlekehkan minda dan tahap intelektual seorang penumpang berbayar.

Jika dihitung, katalah saya amat malang, kesemua penerbangan saya ke Langkawi akan mengalami kelewatan sehingga saya menjadi begitu serik untuk menggunakannya. Pada penerbangan akhir saya ke Sabah, saya memilih untuk menggunakan penerbangan lain, walaupun harganya tiada banyak perbezaan namun maruah saya sebagai seorang penumpang berbayar menjadi lebih dihargai.

AirAsia khabarnya disaman oleh suruhanjaya pengguna di Australia kerana gagal menyatakan tambang penuh perkhidmatannya di dalam laman sesawang mereka. Kisah penerbangan ini yang hanya mengiklankan tambangnya dengan frasa – ‘dari RMXXXX’ memang agak selamat di negara kita, namun di negara di mana kesedaran kepenggunaan tinggi seperti Australia, hal ini akan memberikan kesan kepada iklan mereka.

Apakah dengan imej kurang baik semacam ini, AirAsia akan lebih bertanggungjawab dan menghargai pelanggan-pelanggannya?

Share this article :
 

+ komen + 2 komen

anakkelate
25 Januari 2012 11:44 PG

x abih2 menipu aja AA ni.. x demuroh mana nya..

28 Januari 2012 11:28 PG

Mak dara pon pernah terkena macam tu jugak.. mmg AA ni banyak je masalahnya kannn

btw i've just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. all the best ya..

Plsssss vote me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @ http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com ye terima kasihhhhhh

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger