SERONOK JADI MENTERI DI MALAYSIA!

siakap senohong gelama ikan duri

bercakap bohong lama-lama jadi menteri

Itu pantun nakal yang sengaja saya kutip untuk entri pertama bagi tahun 2012.

Beberapa minggu ketika membantu sebuah persatuan penulis mengumpulkan dana bagi menjayakan majlis makan malam dan juga bagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan bagi tahun 2012, saya kebetulan berurusan dengan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Seperti mana-mana organisasi yang lain, surat memohon tajaan mahupun sumbangan juga dihantar kepada teraju utama di MAIWP yang kemudiannya dipanjangkan kepada pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan. Apabila saya berhubung pula, saya diberi ceramah oleh seorang ustaz yang menjawab panggilan saya dengan mengatakan bahawa wang zakat mahupun Baitulmal tidak boleh diberikan kepada persatuan penulis yang saya wakili atas alasan bahawa ianya tidak wajar dan diluar asnaf yang dibenarkan.

Saya bukanlah begitu jahil agama, tetapi menurut rasional saya, para penulis juga ada peranan dalam pembentukan dan perjalanan institusi zakat dan baitulmal di negara kita, yang saya ungkapkan kepada ustaz tadi – “ Jika tiada penulis, siapa yang akan menulis tentang peranan organisasi agama dan zakat seperti Baitulmal”. Telefon terus diletak, tanpa salam dan pamit!

Beberapa bulan dahulu, apabila Menteri Agama ditanya tentang pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat, beliau menafikan. Namun kebenaran akhirnya terserlah apabila laporan audit mengesahkan penggunaan wang zakat bagi membiayai yuran guaman tersebut dan kemudiannya disahkan oleh pihak MAIWP.

Soalnya apakah wang zakat atau Baitulmal tadi boleh digunakan selain daripada asnaf yang ditentukan? Yang lebih menariknya ialah sikap Menteri agama yang bertanggungjawab berbohong dalam isu ini. Beranikah ustaz yang memberikan ceramah percuma kepada saya menyanggah dan menegur ketuanya yang dikatakan menggunakan wang zakat untuk urusan selain daripada asnaf yang dibenarkan?

Ulasan

anep berkata…
menteri pembohong calon winnable candidate !

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?