BERANI KERANA BENAR


Kisah lembu NFC dan kaedah penggunaan dana kerajaan yang disalurkan kepada NFC Corp yang dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil, khabarnya kini sedang dalam penyiasatan oleh pihak berkuasa. Apa yang menariknya ialah apabila Perkasa dan beberapa NGO lain melakukan kunjungan hormat ke NFC.

Tiba-tiba Perkasa muncul sebagai jurucakapnya yang baru memberikan pelbagai maklumat dari perspektif mereka. Anehnya dikhabarkan juga bahawa pihak Audit Negara telah tersilap dalam menamakan entiti tersebut kerana terdapat dua entiti, masing-masing NFC dan NFCorp. Presiden Perkasa itu melaporkan pula bahawa NFC milik keluarga Sharizat itu telah dianiya oleh bekas kakitangannya, yang telah melakukan pecah amanah.

Soalnya sekarang bukanlah maklumat yang diberikan oleh siapa pun yang penting tetapi adakah maklumat yang diberikan itu tepat dan penyelewangan tersebut benar-benar dilakukan oleh pengurusan NFC?

Adakah mewajarkan pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura tidak melambangkan penyelewangan dana kerajaan yang disalurkan untuk tujuan projek berprestasi tinggi demi menjamin industri ternakan dan pertanian negara ditingkatkan?

Dalam laporan lain pula, isteri Perdana Menteri dilaporkan berkata – “Saya selalu jadi mangsa, semua itu dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar” merujuk kepada laporan kolumnis akhbar Sydney Morning Herald, Andrew Hornery. Dalam kolumnya Datin Seri Rosmah dilaporkan berbelanja A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di sana, ketika lawatannya ke sana.

Pada hari ini pula, kolumnis akhbar tersebut mempertahankan dakwaannya – “saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh”. Dalam dunia siber dewasa ini segalanya memungkinkan – fitnah, dakwaan liar dan pelbagai tohmahan, apatah lagi entiti seperti NFC ataupun isteri seorang Perdana Menteri.

Jika pihak-pihak berkenaan merasakan bahawa mereka telah dianiya, dituduh secara liar dan ditohmah, yang lebih wajar ialah mengambil tindakan mengikut kemampuan masing-masing. Seperti kata pepatah, berani kerana benar!

Share this article :
 

+ komen + 3 komen

Tanpa Nama
24 Januari 2012 8:21 PTG

DSR patut jadi ikon Tourism Malaysia - mgkin mneteri NYY angkat jadi duta belibelah di malaysia.

anep
24 Januari 2012 9:35 PTG

kalau nak bodohkan pun agak2 la..aduhai rosmah..

ishah
3 Februari 2012 5:56 PTG

suka pada gambar..truth..next exit..maksudnye u are on a liar lane!!??..be careful..maybe next exit doesn't exist!!

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger