RENDAH SANGAT KE MENTALITI MAHASISWA KITA?

Tidak sampai sebulan Ketua Setiausaha Negara mengumumkan bahawa guru dibenarkan berpolitik dan beberapa hari lalu larangan mahasiswa berpolitik telah diputuskan oleh Kabinet. Saya masih tertanya-tanya apakah rasional membenarkan kaum guru berpolitik, dan apakah kewajaran menghalang mahasiswa berpolitik.

Semacam ada yang tidak kena dengan larangan dan kebenaran ini, bukankah mahasiswa adalah dari kalangan pelajar-pelajar yang cemerlang dan terbukti untuk terpilih bergelar mahasiswa, apakah jati diri mereka masih di tahap yang meragukan sehingga larangan berpolitik dikenakan ke atas mereka.

Malah jika saya tidak silap, saban kali Perhimpunan Agung UMNO diadakan, kelab-kelab UMNO diwakili malah terdapat pula Kelab UMNO yang direstui oleh para pemimpin, disalurkan dana dan dibiayai aktiviti-aktiviti mereka. Apakah ini bukti Kerajaan merendahkan tahap pemikiran mahasiswa tempatan berbanding mahasiswa luar negara?

Apakah kerajaan bimbang kecenderungan mahasiswa terhadap politik kepartian yang lebih pro pembangkang (di sebahagian IPTA) dikhuatiri akan memberikan impak terhadap keputusan pilihanraya.

Bukankah universiti dilihat sebagai medan ilmu dan wadah untuk mempraktik, dan mengasah bakat kepimpinan mahasiswa dalam mengurus tadbir aktiviti kemahasiswaan mereka sendiri. Bukankah dengan menyekat penglibatan mahasiswa terhadap politik kepartian akan menyebabkan meraka tidak bebas mengutarakan pendapat dan bersifat kritis. Menghalang mahasiswa daripada terlibat dalam politik kepartian samalah seperti menghina tahap akademik mereka, dan akhirnya menghasilkan mahasiswa yang dangkal, lebih ‘bacul’ dan ‘mandul’ daripada segi nilai keilmuan, budaya keilmuan tidak lagi menjadi agenda utama dalam pembentukan sahsiah mahasiswa!

Ulasan

sarip dol berkata…
apakah jadah kejaan d/standard tu..takkan nk suruh mahasiswa sokong umno baru nak benarkan politik kepartian..boleh jalan romeo..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?