WINTER SONATA, RAMADAN & BANJIR PAKISTAN …

(Banjir Besar di Pakistan - Gambar Ihsan: www.unicef.org.nz)


(Winter Sonata drama Korea yang menambat hati jutaan peminat)

Pada ketika ini dalam tahun 2002, saya sering terpaku di hadapan kaca televisyen di antara jam 7 hingga 8 malam, bukan kerana menunggu waktu berbuka kerana ketika itu belum lagi masuk ke bulan Ramadan kita masih di pertengahan bulan Jamadilakhir. Saya menjadi jutaan peminat siri drama televisyen dari Korea yang mengasyikkan – Winter Sonata.

Winter Sonata sebanyak dua puluh episod disiarkan oleh stesen TV3 pada ketika ini dalam tahun 2002. Kisah cinta yang tragis malah meruntun air mata lelaki saya, betullah kata seorang kenalan perempuan saya yang mengsyorkan saya menonton siri ini. Winter Sonata kisah cinta pertama yang indah dan mengharukan. Selepas berakhirnya episod Winter Sonata di TV3, saya berusaha mendapatkan VCD siri tersebut yang berada di pasaran selepas beberapa ketika. Mengapa saya memperkatakan mengenai Winter Sonata pada ketika ini ialah kerana nostalgia siri ini mengundang saya menontonnya semula semasa waktu bersahur!

Ramadan telah sepertiga berlalu, Ramadan kali ini seupaya saya mahu saya memenuhi semua tuntutan wajib dan sunat. Tetapi seperti beberapa tahun yang lalu selepas saya berpindah di penghujung negeri Selangor saya sudah kuran memenuhi jemputan berbuka puasa sama ada jemputan rasmi mahu pun tidak, maaf bukan tidak sudi, tetapi lebih memikirkan banyak aspek yang akan menyebabkan saya tertinggal mengerjakan solat sama ada Maghrib, Isyak ataupun solat sunat terawih. Maka setiap kali ada jemputan saya akan seboleh-bolehnya menolak sehalus mungkin tanpa cuba menyinggung orang yang menjemput. Beberapa tahun ini saya telah berjaya menolak semua jemputan berbuka puasa secara berhemah.

Ketika kita sibuk ‘memborong’ di bazaar Ramadan ataupun merungut kerana hujan yang sedikit sehingga membataskan kunjungan ke bazar Ramadan, umat Islam di Pakistan sedang dilanda banjir sejak awal Ogos dan masih berterusan dibantu oleh warga dunia. Lebih 8 juta rakyat Pakistan terjejas akibat kehilangan tempat tinggal dan nyawa yang melibatkan sepertiga negara tersebut. CNN melaporkan setakat ini sebanyak 1700 nyawa telah diragut sejak banjir meletus di Pakistan. Pelbagai keperluan asas masih terus diperlukan bagi menyelamatkan keadaan ini. Rakyat Malaysia yang prihatin telah melancarkan dana bagi membantu mangsa banjir di Pakistan. Ketika kita begitu khusyuk melayari Ramadan, seharusnya banjir besar di Pakistan seharusnya membuka mata hati kita semua.


Ulasan

siti berkata…
salam tuan, saya antra jutaan peminat WS sampai menangis2...
sarip dol berkata…
syukurlah dgn nikmat di negara kita..ramadan bulan kesyukuran ..
anisah berkata…
salam tuan,tulisan tuan mengenai WS seperti menepati tulisan dalm Mingguan Malaysia hari ini..kebetulan atau aspirasi yg sama..syabas kerana mengembalikan nostalgia WS..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU