KALAU SAYA PUNYA KUASA SEORANG MENTERI ...

Politik bukanlah makanan ruji saya, saya pun bukan dari kalangan atau kerabat ahli politik samada peringkat desa mahupun bandar, tetapi saya amat yakin tentang pendirian politik dan orang-orang politik.

Berikut adalah antara perkara yang akan saya lakukan jika mempunyai kuasa seorang Menteri

· Membela semua khazanah bangsa khususnya karya-karya mereka yang telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara, sehingga mereka tidak mempunyai ruang untuk berfikir untuk menghantar atau menjual karya mereka ke New Zealand atau ke Belanda.

· Tidak melantik mereka-mereka dari kalangan penggiat filem yang masih aktif untuk menganggotai Lembaga Pengarah FINAS, kerana dikhuatiri (mencegah lebih baik dari merawat) akan menimbulkan konflik kepentingan.

· Melobi negara untuk menjadi tuan rumah bolasepak Piala Dunia, sekurang-kurangnya kita ada sejarah beraksi di Piala Dunia (selepas prestasi bolasepak negara dipulihkan sepenuhnhya).

· Mengumpulkan semua karyawan filem untuk menghasilkan filem Melayu yang bakal dinobatkan sebagai Filem Asing Terbaik di Cannes.

· Membantu pengkaryaan Sasterawan Negara sehingga dinobatkan sebagai penerima Hadiah Nobel (Kesusasteraan).

· Mengarahkan hukum tembak perogol dan pencabul kanak-kanak.

· Memastikan kenaikan harga barangan pada paras yang paling minima (bukan 25 sen bagi sekilo gula atau 30 sen bagi seliter petrol ) dan masih berwajaran ia masih paling rendah di rantau ini!

Share this article :
 

+ komen + 4 komen

nabil
11 Ogos 2010 2:17 PTG

setuju sangat..

wanman68
12 Ogos 2010 6:27 PG

Cantik !! Sokong.......
Kalau kenaikan harga barang seiring dengan kenaikan gaji atau pendapatan, tidaklah rakyat memprotes...

SIS
12 Ogos 2010 8:39 PG

tambah satu lg...kalau saya punya kuasa seorang menteri bagi permohonan poligami..tak payah la nak kena bawa isteri pertama mengadap di mahkamah..kesian... mcm suami saman isteri lak..pada hal nak minta persetujuan je...cukup la berjumpa kadi untuk pengesahan izin suami kawin lg...

12 Ogos 2010 3:05 PTG

Masalahnya politikus kita ahli korporat (keparat), bukannya pejuang bangsa dan negara.

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger