KALAU SAYA PUNYA KUASA SEORANG MENTERI ...
Politik bukanlah makanan ruji saya, saya pun bukan dari kalangan atau kerabat ahli politik samada peringkat desa mahupun bandar, tetapi saya amat yakin tentang pendirian politik dan orang-orang politik.
Berikut adalah antara perkara yang akan saya lakukan jika mempunyai kuasa seorang Menteri
· Membela semua khazanah bangsa khususnya karya-karya mereka yang telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara, sehingga mereka tidak mempunyai ruang untuk berfikir untuk menghantar atau menjual karya mereka ke New Zealand atau ke Belanda.
· Tidak melantik mereka-mereka dari kalangan penggiat filem yang masih aktif untuk menganggotai Lembaga Pengarah FINAS, kerana dikhuatiri (mencegah lebih baik dari merawat) akan menimbulkan konflik kepentingan.
· Melobi negara untuk menjadi tuan rumah bolasepak Piala Dunia, sekurang-kurangnya kita ada sejarah beraksi di Piala Dunia (selepas prestasi bolasepak negara dipulihkan sepenuhnhya).
· Mengumpulkan semua karyawan filem untuk menghasilkan filem Melayu yang bakal dinobatkan sebagai Filem Asing Terbaik di Cannes.
· Membantu pengkaryaan Sasterawan Negara sehingga dinobatkan sebagai penerima Hadiah Nobel (Kesusasteraan).
· Mengarahkan hukum tembak perogol dan pencabul kanak-kanak.
· Memastikan kenaikan harga barangan pada paras yang paling minima (bukan 25 sen bagi sekilo gula atau 30 sen bagi seliter petrol ) dan masih berwajaran ia masih paling rendah di rantau ini!
Ulasan
Kalau kenaikan harga barang seiring dengan kenaikan gaji atau pendapatan, tidaklah rakyat memprotes...