HILANG AKAL, APA KEJADAH …

(Masjid Pokok Machang, Tasek Gelugor - Gambar Hiasan)

Maaf kerana sedikit berkasar dalam berbahasa. Moga pahala puasa saya tidak dikurangkan kerana keceluparan saya. Apa tidaknya, ketika membaca akhbar Penyebar Fikiran Rakyat, saya tertanya-tanya tentang kesahihahan berita yang menjadi tajuk utama – Nama Guan Eng ganti Agong. Marah pun ada, sedih pun ada.

Malah dilaporkan juga UMNO Pulau Pinang yang diketuai oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantah tindakan ini, malah mengakui mempunyai bukti terdapat beberapa masjid di sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong yang menggugurkan doa kepada DYMM SPBDP Agong kepada Ketua Menterinya. Khabarnya ia dikesan sejak minggu lalu dan dimaklumkan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Pulau Pinang semalam. Soalnya jika ia sudah berlaku sejak minggu lalu tidakkah ada umat Islam di kawasan atau di masjid yang disebutkan perasan mengenai perkara ini dan melaporkan kepada pihak-pihak berkenaan. Atau tidak adakah pemimpin UMNO setempat yang berjumaat di masjid-masjid di kawasan Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong yang menyedari insiden ini.

Selepas solat jumaat tadi, saya sempat membaca ulasan Exco Hal-Ehwal Agama Pulau Pinang, Haji Abdul Malik Abul Kassim berhubung perkara ini dan menurut beliau siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.

Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Haji Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ulasannya pula mahukan insiden ini disiasat segera. Baguslah, kerana seperti beliau saya juga berpendapat insiden ini mempunyai implikasi yang besar.

Jika benar perkara ini berlaku, amat malang bagi orang Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang tetapi pemimpin UMNO sepatutnya telah bertindak lebih awal dan tidak hanya melaporkan kepada pemberita, malah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, sepatutnya membuat laporan kepada pihak polis bagi membolehkan penyiasatan terperinci dapat dilakukan.

Walauapapun, tunggulah sehingga pihak polis menyelesaikan penyiasatan sebelum kita membuat sebarang kesimpulan. Selamat memasuki fasa kedua Ramadan Al-Mubarak!

Ulasan

sarip dol berkata…
boleh caya ke...
saha berkata…
lawak baru umno kot..yelah nak mohon simpati

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU