TOL OH TOL 2


Akhirnya kenaikan tol yang diputuskan oleh Kabinet beberapa minggu lalu telah ditangguhkan oleh Kabinet yang sama selepas mendengar maklumbalas dari rakyat (sekurang-kurangnya itulah yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar).

Adakah Kabinet tidak mengambil kira keresahan dan kegelisahan rakyat serta ekonomi dunia yang semakin tidak menentu bila memutuskan kenaikan harga tol tempohari.

Saya rasa negara kita layak digelar negara maju sekurang-kurang syarikat-syarikat konsesi lebuhraya ditadbir dan diurus oleh 'robot' dan bukan manusia – yalah jika tidak masakan memohon kenaikan tol (dengan berkiblatkan ‘perjanjian konsesi’) dalam kesuraman ekonomi sekarang!

Walau apa pun, saya mampu tidur lena sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan,mungkin syarikat tol tidak sensitif hnya fikir keuntungan sahaja..tapi saya senang dgn tuan yag amat sensitif dan prihatin..
Tanpa Nama berkata…
x faham apa kaitan gambar selipar ngan tulisan tu..
Tanpa Nama berkata…
pedas tapi bernas..
Tanpa Nama berkata…
salam tn ks..penutupan tol..kenaikan kadar tol..dan kemudian penangguhan kenaikan kadar tol..semua dr punca kabinet yang sama..cam ada udang di sebalik mee je...bn nak tunjuk hero..bkn hero hindustan..bkn hero tamil..hero apa yek yang sesuai??
Tanpa Nama berkata…
cubalah kalau berani bagi naik tol nanti x tersungkur kat lebuhraya tapi kat PRK 2 bukit..amacam ada berani ke..
Tanpa Nama berkata…
biasala BN wayang kulit mmg pakar..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?