SALAM AIDIL FITRI

(Gambar diambil daripada www.mstar.com)

Aidil Fitri datang lagi. Kita di Malaysia bakal menyambut 1 Syawal pada 1 Oktober 2009 (Rabu). Dengan pelbagai wajah dan suasana. Selepas graduasi dari Universiti Ramadhan selama sebulan, pelbagai peristiwa pahit dan manis mengiringi Syawal. Peningkatan kematian pada Ops Sikap 17. Pembebasan kru kapal milik MISC yang menjadi tawanan lanun di luar perairan Somalia. Penurunan harga runcit Petrol untuk kali kedua. Penangguhan Perhimpunan Agong UMNO 2008 dari Disember ke Mac 2009.

Belum puas mengecapi udara Universiti Ramadhan, walaupun 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan tapi terasa amat singkat dan cepat berlalu. Aidil Fitri setiap tahun menjanjikan pelbagai cerita menarik, suka mahupun duka. Menyiapkan anak-anak dengan pelbagai keperluan berhari raya, selain itu menonton iklan-iklan korporat sempena Aidil Fitri saban tahun mengundang pelbagai intepretasi. Misalnya iklan PETRONAS lakonan Maria Arshad (betul ke?) amat menyentuh kalbu.

Sempena Aidil Fitri ini saya mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini (alah macamla ramai!) kepada teman-teman saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Berhati-hati di jalan raya!

Lebaran ini apalah ertinya jika Islamku terus bergeseran. Melayuku masih bercakaran, Malaysiaku masih teraba-raba menafsir erti perpaduan...Lebaran ini ayuhlah kita mengucup ukhwah sesama Islam, mendakap IMAN dan ihsan sesama insan, mengangkat MUAFAKAT dalam kehidupan..Salam Aidil Fitri: Maaf Zahir Batin..MOHD NASSER@Iman Muafakat Group

Share this article :
 

+ komen + 3 komen

zaini
1 Oktober 2008 8:26 PTG

Saya juga memohon maaf zahir batin kepada tuan..blog tuan mmg menginsafkan..

budin
1 Oktober 2008 8:27 PTG

SELAMAT HARI RAYA ..MOGA SENTIASA DIRAHMATI DAN DIBERKATI...

kamal effendi
1 Oktober 2008 8:28 PTG

Maap Zahir Batin..moga tuan sentiasa diberi ilham..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger