PENASIHAT LAGI?

Khabarnya Perdana Menteri telah menambah seorang lagi ahli kumpulan penasihat bertaraf Menterinya.  Kali ini Ketua Wanita MCA, Heng Seai Kie dilantik sebagai penasihat bagi melaksanakan Blueprint Perpaduan Nasional.

Tidak pasti adakah satu lagi usaha bagi Barisan Nasional untuk memberikan ruang dengan menggunakan wang awam bagi memberikan kedudukan kepada mereka yang telah ditolak oleh rakyat.  Jika ahli Majlis Tertinggi UMNO diberikan jawatan-jawatan sebagai pengerusi samada syarikat berkaitan kerajaan mahupun agensi-agensi tertentu kini peluang ini ditambah pula dengan perlantikan penasihat bertaraf menteri.

Sehingga kini, Perdana Menteri mempunyai lima orang penasihat bertaraf Menteri.  Antaranya adalah menasihatkan mengenai agama, pembangunan ekonomi koridor utara, kebudayaan dan hal-ehwal wanita. 

Selain itu, Perdana Menteri juga melantik duta khas.  Antara yang telah dilantik adalah Datuk Seri S Samy Velu, Datuk Seri Tiong Kin Sin, Datuk Seri Ong Ka Ting. Mereka ini ditugaskan untuk hal-hal berkaitan India Selatan, China dan Asia Timur.  Jangan lupa mereka juga adalah bertaraf Menteri.

Tidak pasti apakah mereka semua ini ditetapkan KPI untuk mengukur prestasi mereka.  Adakah pelantikan ini benar-benar memberikan pulangan dalam apa bentuk kepada Kerajaan dan rakyatnya.

Walauapapun alasan yang diberikan, kesemua perlantikan ini masih boleh dipersoalkan.  Rasional perlantikan juga masih boleh dipertikaikan, ini kerana kesemua mereka melakukan tindanan tugas yang sama.

Adakah perlantikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan timbalan dan seluruh kementerian masih tidak memadai sehingga perlu dilantik pula Sharizat untuk menasihati Perdana Menteri. 

Atau adakah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap Perpaduan perlu bantuan daripada penasihat baru, dengan alasan Menteri ini akan lebih menumpukan Sarawak dan penasihat yang baru memberi tumpuan di Semenanjung.

Walaupun negara mempunyai duta-duta yang diberikan watikah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, kerajaan BN masih melantik duta khas bertaraf Menteri.

Perlu diingat bahawa kesemua perlantikan ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi.

Maka apabila Perdana Menteri umumkan langkah-langkah penjimatan dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan, maka apa maknanya apabila perlantikan penasihat dan duta khas bertaraf Menteri ini?

Mungkin contoh yang paling baik adalah membandingkan MAS dan Air Asia.  Dengan bilangan petugas 50% lebih rendah, Air Asia mampu melonjak pendapatannya saban tahun.


Selepas Lim Kok Wing diambil sebagai penyelaras program khas, Perdana Menteri mungkin juga boleh mendapatkan nasihat daripada Tony Fernandez bagaimana mengurus sumber terhad dengan pulangan yang optimum!
Share this article :
 

+ komen + 1 komen

Tanpa Nama
8 Julai 2015 7:09 PG

mengabih boreh je..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger