APA SAHAJA DEMI KELANGSUNGAN ...

Akhir-akhir ini banyak perkembangan yang melanda negara kita, jika sewaktu kecil, amat mudah untuk mengesan sama ada kawasan saya akan dilawati oleh orang penting atau orang besar, misalnya lawatan Menteri, Sultan dan sebagainya. Mudah sahaja, jika tiba-tiba terdapat sekumpulan pembersih longkang dan pemotong rumput yang telah beberapa bulan atau tahun tidak terjaga. Itu petanda bahawa akan ada lawatan oleh orang penting atau orang besar. Memandangkan saya sentiasa berada di kalangan kelas-kelas pandai maka akan terpilih beberapa rakan sekelas saya bagi menyertai latihan tarian atau apa-apa persembahan sempena lawatan orang penting atau orang besar ke tempat kami.

Ketika ini pelbagai konvensyen parti-parti politik sedang dan bakal berlangsung. Parti pemerintah mahupun parti pembangkang seolah-olah berlumba-lumba untuk mengadakan konvensyen parti-parti mereka. Walaupun penganjuran konvensyen ini kerap dilihat sebagai petanda akan berlangsungnya Pilihanraya Umum, namun ianya dinafikan sekeras-kerasnya khususnya oleh parti pemerintah. Namun apa yang menarik ialah kandungan konvensyen sebuah parti pembangkang yang mendakwa menunjangi keadilan dengan mengungkapkan bahawa pemimpin mereka adalah ‘anugerah tuhan’, satu istilah yang dimomokkan oleh pemimpin dalaman partinya.

Saya tidak bermaksud mempertikaikan ‘anugerah tuhan’ ini kerana hanya jauhari mengenal maknikam malah adalah tidak adil bagi sesiapa mempertikaikan fahaman ini. Bukankah telah menjadi trend para pemimpin kini telah dianugerahkan pelbagai gelaran oleh pertubuhan-pertubuhan silat misalnya. Malah para pemimpin juga diberi penghormatan dengan menamakan bunga-bungaan dengan nama mereka sebagai satu usaha menghargai jasa dan komitmen atau apa sahaja yang telah terbukti sebagai satu trend dan ikutan.

Walau apapun anugerah tuhan atau anugerah Ulul Amri, penamaan nama bunga-bungaan kepada para pemimpin bukankah dilihat sebagai usaha demi kelangsungan …


Ulasan

saha berkata…
nak hidup...
SIS berkata…
setiap manusia adalah anugerah Allah...masing2 ada kelebihan dan kekurangan termasuklah kita...
Tanpa Nama berkata…
Anugerah Tuhan..? bior bebeno yob, bala tuhan agaknya ke atas kaum Melayu yang ingkar...
Ishah berkata…
kenapa tiada hebahan diblog tn brkenaan program KOBUKU, terutama yg dbuat pd 12 Dis brknaan buku 'NATRAH' dan juga progrm pd 14-16 Dis lalu...sdgkan tn setiausahanya..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?