BICARA TITI HAYUN

Bermula dari Jumaat lepas sehingga esok saya berhibernasi di Pusat Perkelahan Titi Hayun, lebih kurang 6 km dari pekan Yan. Betullah kata seorang teman, hidup ini adalah pilihan. Pilihan kita sendiri sebagai seorang manusia yang menentukan hala tuju hidup dan kepercayaan kita.

Apabila saya memilih untuk menerima pelawaan seorang teman aktivis untuk menyertai bengkel penulis kritis yang khabarnya diadakan di sebuah chalet di Yan, Kedah. Itu cerita beberapa bulan dahulu sebelum abang saya menetapkan tarikh perkahwinan anak sulungnya, pada hari Ahad nanti. Maka saya terpaksa tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya, kerana telah memberi komitmen untuk hadir di Titi Hayun ini.

Program di Titi Hayun ini yang dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan juga Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI) serta Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara khususnya untuk melahirkan penulis yang mampu mencerna idea menjadi tulisan yang kritis. Khabarnya idea asal bengkel dan lokasinya ialah oleh Ustaz Azizi Hj. Abdullah yang kini berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang. Semoga beliau cepat sembuh seperti sediakala.

Bengkel selama enam hari (asalnya tujuh hari) lima malam adalah program yang padat diisi oleh para penceramah antaranya SN A. Samad Said, Dinsman, SM Idris, Razali Endun, Kasim Muhammad, Herry Nurdi, Pak Shukur Harun, Hasni Abas, Cikgu Azmi dan Asma Fadila dari Penerbit PTS. Bengkel yang dianjurkan ini diharapkan dapat memberikan input yang berguna bagi melahirkan bakal penulis yang lebih kritis dan mampu membuka minda rakyat.

Seramai 20 peserta yang dipilih menyertai bengkel ini yang bukan kesemuanya pernah menulis seperti saya hanya bersifat amatur dan masih hijau dalam dunia penulisan. Dalam bengkel ini dimuatkan dengan pelbagai pengisian sama ada perkongsian ilmu, bacaan, tayangan slaid dan video yang sebenarnya bukan baru tetapi yang selama ini tidak dipedulikan. Proses ‘peduli baca’ menganjak diri daripada sekadar mengwujudkan masyarakat gemar membaca kepada ‘peduli baca’, daripada proses bacaan yang bersifat personal kepada yang lebih akrab masyarakat yakni komunal dengan matlamat akhirnya mengwujudkan generasi penggila buku yang gila membaca!

Share this article :
 

+ komen + 3 komen

Tanpa Nama
17 Mei 2011 4:01 PTG

salam...ya, anapun terpaksa mengenepikan beberapa komitmen kerana benar mahu hadir prog ini kerana telah ana nyata setuju hadir kepada us azizi lebih awal. alhamdulillah, bengkel yang cukup bermunafaat...soalnya dapatkah kita samasama melakukan seperti yang diseru dan didorong melalui bengkel ini...

anep
19 Mei 2011 8:54 PTG

salam tuan, berapakah kos yag dikenakan..harap mklumkan acara seumpama itu dalam blog tuan ..

22 Mei 2011 11:20 PTG

salam tn...best dpt hadir dlm program spt ini..suka jika ia dpt mengubah persepsi 'gila baca' kpd 'peduli baca'...br ada peningkatan..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger