APRIL, PESTA BUKU & KAKI SAKAT …

Gambar hiasan: Demi kelangsungan hidup

Kebetulan hari ini ialah 1 Mei, Hari Pekerja, juga hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) edisi yang ke-30. Setiap kali menjelang PBAKL, setiap kali itu juga laman blog ini yang dimayakan pada 17 April 2008 ketika berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 edisi yang ke-28 menyambut ulangtahun kemayaannya.

Sejak itu laman blog ini yang dimayakan sebagai suatu medan perkongsian pengalaman dunia perbukuan, hidup, filem, teater dan aktiviti seni dan sastera telah berkongsi sebanyak hampir 300 entri. Sejak memayakan blog ini juga puluhan entri yang dihasilkan tidak berkesempatan dimayakan kerana ‘self-censorship’ yang saya praktikkan. Rasionalnya mudah, saya tidak berhasrat menjadikan blog ini medan menyebarkan klip video yang dikhabarkan ‘mirip ketua pembangkang’ atau menjadi medan sebagai ‘blogger upahan’ pihak-pihak tertentu.

Walaupun saya tidak menghadiri persidangan blogger Asean yang baru diadakan kerana hambatan tugas yang tidak dapat dielakkan, namun saya sudah lama menepati atau cuba berusaha menepati ‘Blogging Mindfully and Responsibly’ – tema Persidangan Serantau Blogger Malaysia Asean tersebut.

Dengan PBAKL 2011, yang bakal melabuhkan tirainya lewat hari ini, juga sambutan Hari Pekerja di seluruh dunia, April, PBAKL dan blog ini sentiasa berusaha berblog secara bermaruah. Salam Hari Pekerja, bersatulah!

Ulasan

sesses berkata…
salam..setuju ada blog yg kelihatan berupah..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?