CORETAN MENJELANG RAMADAN

Ramadan menjelang lagi.  Kali ini dipertengahan tahun.  Kali ini dengan diselubungi pelbagai kancah dan permasalahan.  Banyak pihak yang mengalaminya.  Parti-parti politik di Malaysia seperti diuji lebih awal lagi.  Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diasak kiri dan kanan. Isu 1MDB terus menjadi persoalan selepas banyak pihak yang dipersalahkan.

Nampaknya penjelasan Kerajaan (baca: PM) tidak begitu menyakinkan sekurang-kurangnya itulah yang dilihat oleh orang biasa seperti anda dan saya.

Malah dalam satu majlis dialog yang diuar-uarkan akan menghimpunkan wakil-wakil badan-badan bukan Kerajaan untuk diberikan peluang berinteraksi dengan Perdana Menteri sebaliknya menjadi medan cemuhan kepada Perdana Menteri kerana tidak hadir atas nasihat Ketua Polis Negara.

Walauapapun alasan yang diberikan untuk mewajarkan ketidakhadiran Perdana Menteri kelihatannya tidak berbekas.  Itu cerita Perdana Menteri.

Parti Islam Malaysia (PAS) pula yang baharu sahaja selesai bermuktamar dua minggu yang lalu lebih mengejutkan.  Apa tidaknya, parti yang dikatakan berjuang untuk mempertahan Islam khabarnya menggunakan ‘chai’ (istilah untuk kertas kecil) yang menyenaraikan senarai pemimpin pilihan mereka.

Hasilnya adalah semua pemimpin bukan ulama kecuali seorang (yang akhirnya mengisytiharkan letak jawatan) telah tewas dan pemilihan tersebut.

Malah yang lebih mengejutkan adalah sosok seperti mantan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu juga tewas.  Selain pemilihan yang dikatakan bakal mewarnai PAS yang ‘baru’, satu lagi kejutan adalah apabila usul memutuskan hubungan dengan satu lagi rakan mereka dalam Pakatan diterima tanpa perbahasan.  Tidak sampai beberapa ketika, maka DAP mengeluarkan kenyataan supaya para pemimpin PAS yang mempunyai jawatan di dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk berundur.

Memanglah sangat wajar apa yang dinyatakan oleh DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pada pendapat saya memang wajar apabila PAS memilih untuk memutuskan hubungan dengan DAP, walaupun kemudiannya dinafikan dan dikhabarkan ‘belum muktamad’.

Satu lagi kejutan adalah apabila Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengumumkan penyertaannya dalam parti DAP.  Memang mengejutkan, walaupun SN A Samad Said memang selalu dikaitkan dengan pembangkang namun apabila mengumumkan penyertaan sebagai ahli biasa DAP, maka ramai yang menggeleng kepala.

Saya adalah salah seorang yang berada di Kampung Pasir Tumbuh di Gua Musang lokasi di mana Pengerusi DAP, Lim Kit Siang mengumumkan penyertaan Pak Samad sebagai ahli biasa parti DAP.

Ironinya pengumumannya dibuat di luar Kuala Lumpur adalah kerana DAP membuat majlis penyerahan rumah mangsa banjir di kampung tersebut.  Sebuah parti seperti DAP yang tidak mempunyai cita-cita untuk menguasai Kelantan di bawah PAS memberikan komitmen yang sangat tinggi untuk merealisasikan impian rakyat Kelantan di bawah Gabungan Impian Kelantan atau GIK yang Pak Samad menjadi penasihatnya.

DAP dikhabarkan membina 25 buah rumah dan  membaiki 35 lagi di kampung tersebut dengan bantuan dan derma orang ramai.  Malah penduduk kampung juga memajukan hasrat untuk dibina masjid di kampung tersebut.

Sebagai sebuah parti politik apatah lagi yang sering dikaitkan dengan masyarakat Cina, DAP sebenarnya berjaya menambat hati orang-orang kampung tersebut.  Malah, koordinator DAP, YB Anthony Loke berjanji untuk menunaikan hasrat penduduk kampung dengan syarat mereka memohon bagi mengelakkan tohmahan dan fitnah ‘wang haram DAP’.

Sebuah lagi parti komponen Barisan Nasional, MIC juga dilanda kemelut kepimpinan yang serius.  Masing-masing saling tuduh menuduh mengenai siapa yang layak mengetuai parti untuk kaum India itu.

Selain daripada permasalahan 1MDB, parti-parti politik, rakyat Malaysia juga bersedih kerana gempa yang melanda negeri Sabah.  Gempa bumi itu mengorbankan 18 nyawa pendaki dan malim gunung.  Satu yang menjadi ingatan ramai adalah pengorbanan malim gunung yang pantas membantu para pendaki.  Imej seorang malim gunung mendukung seorang mangsa menjadi viral, kerana selama ini peranan malim gunung sering tidak dihebahkan.

Sama ada allahyarham Abdul Halim Abdul Hamid (Ayah Halim)  yang coretannya dirakam oleh kenalannya, mahupun malim gunung yang mengorbankan nyawa adalah wira-wira yang tidak didendang.


Usaha bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan memang wajar dipuji dan dihargai semoga Ramadan ini akan lebih bermakna untuk kita semua.

Ulasan

anep berkata…
mmg masalah la piem tu...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?