TWIST BARU DALAM ISU 1MDB?
Heboh
dilaporkan di dada akhbar bagaimana polis Thailand berjaya memberkas dan
menahan bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andrea Justo yang cuba memeras ugut
majikannya. Justo khabarnya ditahan di
rumahnya di Thailand.
Apakah
kaitan Justo dengan Malaysia khususnya isu 1MDB adalah bagaimana laporan yang
tersiar untuk tatapan rakyat Malaysia dan Dr. Mahathir yang menjadi ‘penyerang
utama’ isu 1MDB ini ialah berdasarkan sumber emel syarikat tersebut.
Daripada
satu segi, penahanan Justo adalah bonus bagi Perdana Menteri dan 1MDB, apa
tidaknya kerana dilaporkan cuba memeras ugut bekas majikan oleh bekas pekerja,
maka twist yang baru dalam isu 1MDB
ialah semua laporan oleh akhbar The Edge dan Sarawak Report kini dipertikaikan.
Soalnya
adakah polis samada di Thailand mahupun polis Malaysia telah mengesahkan bahawa
Justo adalah orang yang membocorkan emel-emel yang dilaporkan itu kepada
Sarawak Report mahupun The Edge.
Dengan
penahanan Justo yang baru sahaja berlaku, tentulah agak mustahil untuk
mengesahkan hal ini. Apatah lagi tiada
siapa pun daripada 1MDB yang secara terbuka menyanggah laporan oleh Sarawak
Report mahupun The Edge sebelum ini.
Atau
adakah mungkin si Justo ini adalah ‘sting’
yang diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjernihkan isu 1MDB.
Namun
jika benar Justo adalah sebenarnya berniat jahat untuk merosakkan imej negara
khususnya Perdana Menteri maka saranan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil
tindakan sewajarnya terhadap media yang membuat laporan berasaskan fakta palsu
patut diambil berat.
Malah
tindakan pembatalan permit penerbitan harus juga difikirkan secara serius bagi
memberikan peringatan kepada media supaya lebih berhati-hati dengan laporan
mereka. Kenyataan Menteri Dalam Negeri
sebagai mengulas penahanan Justo:
“Difahamkan, berdasarkan siasatan forensik
sebahagian e-mel dan dokumen yang disiarkan dalam blog tersebut telah ditokok
tambah selepas dicuri dari pangkalan data PetroSaudi,”
Rasanya
tidak cukup dengan penahanan Justo, polis Thailand mahupun PDRM harus berusaha
mencari dalang isu ini di Malaysia. Ini
adalah bagi memastikan imej dan reputasi 1MDB dan Perdana Menteri dapat
dikembalikan sebaiknya.
Buat
masa ini 1MDB sekurang-kurangnya terlepas dari fitnah banyak pihak sehinggalah
siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi ini selesai.
Ulasan