TWIST BARU DALAM ISU 1MDB?

Heboh dilaporkan di dada akhbar bagaimana polis Thailand berjaya memberkas dan menahan bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andrea Justo yang cuba memeras ugut majikannya.  Justo khabarnya ditahan di rumahnya di Thailand.
 
Apakah kaitan Justo dengan Malaysia khususnya isu 1MDB adalah bagaimana laporan yang tersiar untuk tatapan rakyat Malaysia dan Dr. Mahathir yang menjadi ‘penyerang utama’ isu 1MDB ini ialah berdasarkan sumber emel syarikat tersebut.

Daripada satu segi, penahanan Justo adalah bonus bagi Perdana Menteri dan 1MDB, apa tidaknya kerana dilaporkan cuba memeras ugut bekas majikan oleh bekas pekerja, maka twist yang baru dalam isu 1MDB ialah semua laporan oleh akhbar The Edge dan Sarawak Report kini dipertikaikan.

Soalnya adakah polis samada di Thailand mahupun polis Malaysia telah mengesahkan bahawa Justo adalah orang yang membocorkan emel-emel yang dilaporkan itu kepada Sarawak Report mahupun The Edge.

Dengan penahanan Justo yang baru sahaja berlaku, tentulah agak mustahil untuk mengesahkan hal ini.  Apatah lagi tiada siapa pun daripada 1MDB yang secara terbuka menyanggah laporan oleh Sarawak Report mahupun The Edge sebelum ini.

Atau adakah mungkin si Justo ini adalah ‘sting’ yang diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjernihkan isu 1MDB. 

Namun jika benar Justo adalah sebenarnya berniat jahat untuk merosakkan imej negara khususnya Perdana Menteri maka saranan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap media yang membuat laporan berasaskan fakta palsu patut diambil berat.

Malah tindakan pembatalan permit penerbitan harus juga difikirkan secara serius bagi memberikan peringatan kepada media supaya lebih berhati-hati dengan laporan mereka.  Kenyataan Menteri Dalam Negeri sebagai mengulas penahanan Justo:

“Difahamkan, berdasarkan siasatan forensik sebahagian e-mel dan dokumen yang disiarkan dalam blog tersebut telah ditokok tambah selepas dicuri dari pangkalan data PetroSaudi,”

Rasanya tidak cukup dengan penahanan Justo, polis Thailand mahupun PDRM harus berusaha mencari dalang isu ini di Malaysia.  Ini adalah bagi memastikan imej dan reputasi 1MDB dan Perdana Menteri dapat dikembalikan sebaiknya.


Buat masa ini 1MDB sekurang-kurangnya terlepas dari fitnah banyak pihak sehinggalah siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi ini selesai.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ha ha ha..
Tanpa Nama berkata…
Pandai2 la kau mereka-reka cerita kau sendiri.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?