NOW & THEN…



Sehariselepas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli  di dakwa di mahkamah atas dakwaan mendedahkanakaun di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA), beliaumengumumkan penubuhan Pusat Pemantauan dan PendedahMaklumat Negara (NOW).  Pusat tersebutakan berfungsi sebagai sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjagakebajikan pemberi maklumat.

Antara matlamat yang digariskan bagiNOW adalah sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasiurustadbir, tatakelola dan ketelusan kerajaan dan agensi di bawahnya,melindungi dan menjaga kebajikan pendedah maklumat melalui Dana PerlindunganPemberi Maklumat yang akan menanggung kos guaman, kos hilang sara diri, selainitu ianya juga akan melaksanakan program kesedaran untuk menggalakkan lebihramai pemberi maklumat tampil ke hadapan di samping melahirkan lebih ramaiaktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.

Walaupun kini terdapat AktaPerlindungan Pemberi Maklumat yang diluluskan Parlimen pada 6 Mei 2010 dan mulaberkuatkuasa pada 15 Disember 2010, namun kelihatannya seperti tidak berfungsikhususnya dalam pendedahan yang melibatkan pihak kerajaan, sekurang-kurangnyaitulah tanggapan saya apabila Rafizi Ramli ditahan di rumahnya pada jam 7.00pagi.

Kalau dulu sebelum Akta PerlindunganPemberi Maklumat digubal, ramai diantara kita yang agak skeptikal untukmenyampaikan maklumat kerana dikhuatiri akan didedahkan, namun kini selepas memberikanmaklumat lain pula yang terjadi seperti di dalam kes Rafizi Ramli.  

Rupanya Akta Perlindungan PemberiMaklumat 2010, tidak boleh mengatasi undang-undang sedia ada seperti AktaRahsia Rasmi 1972 [Akta 88], Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53], Akta Bank& Institusi Kewangan 1989 [Akta 372], dan Akta Perlindungan Saksi 2009[Akta 696].  Jadi apa kewajarannyamemperkenalkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 sekiranya ia tidak bolehmengatasi perundangan sedia ada, di manakah rasional untuk memberi maklumatsekiranya maklumat yang didedahkan termasuk di dalam salah satu akta tadi.

Kesimpulannya ialah AktaPerlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang diperkenalkan oleh kerajaan BN hanyalahretorik semata-mata, dalam istilah yang agak kasar – wayang sahaja!

Makanya apabila PKR mengambilinisiatif menubuhkan NOW, tentulah lebih ramai pemberi maklumat dan pendedahandapat dilakukan khususnya yang melibatkan ketirisan kepada wang rakyat olehkerajaan mahupun agensi kerajaan. Selamat datang NOW, selamat tinggal THEN!
Share this article :
 

+ komen + 4 komen

Tanpa Nama
2 Ogos 2012 10:46 PTG

mungkin dari segi teknikal RR didakwa

3 Ogos 2012 4:40 PG

54Sdr Nasser,

Bayangkan betapa penat dan terseksanya para penjawat awam (khususnya mereka yang tak rela, yang membenci kezaliman. Tukang ampunya, lainlah ceritanya) melihat peristiwa demi peristiwa seperti ini berlaku di depan mata mereka. Di depan mata, politikawan-penguasa ini berlakon dan terus berlakon seolah-olah tak apa-apa yang pelik telah berlaku!

3 Ogos 2012 8:37 PG

Akta Pemberi Maklumat hanya utk melindungi org yg memdedahkan maklumat pembangkang..bukan skandal2 dalam kerajaan...Akta tu tak telus..tak berfungsi jika pendedahan dibuat terhadap kerajaan..

anep
3 Ogos 2012 7:12 PTG

biasalh kena batang idung sendiri, ini pula ada pendedahan baru mengenai tender amacam..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger