MODEL PERNIAGAAN BARU – SAMAN


Pada 12 Ogos nanti, akan dilancarkan satu lagi model perniagaan yang baharu.  Mungkin ini juga adalah salah satu cabang di dalam ETP (Pelan Transformasi Ekonomi).  Antara lain model perniagaan ini ialah menyemarakkan industri saman negara.  Uniknya model perniagaan ini ialah yang terulung di dunia dan Malaysia di bawah kepimpinan sekarang telah berjaya mengangkat industri saman sebagai satu lagi sumber pendapatan untuk negara.

Mungkin tahun hadapan, Malaysia boleh menjadi tuan rumah PERSIDANGAN ANTARABANGSA INDUSTRI SAMAN yang ucaptamanya boleh disampaikan oleh Perdana Menteri.  Malaysia akan menjadi model ikutan negara lain termasuk negara-negara maju.  Model perniagaan baru ini adalah satu lagi inovasi kerajaan ‘Janji Ditepati’.

Pada April lalu, dua buah syarikat Beta Tegap Sdn. Bhd. dan ATES Sdn. Bhd. telah dianugerahkan konsesi bagi menyediakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang meliputi pemasangan kamera had laju sebanyak 566 unit, kamera lampu isyarat sebanyak 266 unit  dan kamera mudah alih sebanyak 250 unit.  Malah mereka juga dibahagikan zon masing-masing.  Bina Tegap akan beroperasi di kawasan tengah dan selatan yang meliputi 7 negeri, manakala ATES akan beroperasi di wilayah utara dan timur.

Objektif pengenalan sistem penguatkuasaan automatik ini memanglah baik iaitu bagi mengurangkan kesalahan lalu lintas pengguna jalanraya khususnya dua kesalahan iaitu tidak mematuhi lampu isyarat dan memandu melebihi had laju sebelum diluaskan kepada kesalahan lalu lintas lain di dalam sistem ini.

Selain itu, semalam Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam bersama Agensi Penguat Kuasa Pengangkutan Awam pula menyarankan Kerajaan menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan setiap pesalah lalu lintas membayar saman serta-merta sebagai langkah untuk mendidik masyarakat agar mematuhi undang-undang jalan raya.  Jika gagal membayarnya, kenderaan pesalah akan ditahan sehingga bayaran dibuat.  Jika ramai pula yang memilih untuk tidak membayar serta merta, satu lagi bentuk perniagaan baru akan diwujudkan iaitu gudang atau kawasan bagi menyimpan kenderaan pesalah yang belum menjelaskan saman serta merta itu.

Menurut suruhanjya itu kewajarannya adalah kerana jumlah saman tertunggak dan waran tangkap bagi kesalahan lalu lintas membabitkan saman polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kini mencecah jutaan ringgit.

Kelihatannya amat licik, apabila sistem penguatkuasaan automatik dan saranan oleh Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam menghalalkan bentuk pemerasan baru.  Walaupun dalam penyediaan sistem penguatkuasaan automatik kerajaan khabarnya tidak menyediakan sebarang peruntukan kewangan namun dengan imbuhan yang agak lumayan, setiap syarikat boleh menjana sehingga 440 juta ringgit.  Jadi adalah mustahak supaya kerajaan menyokong usaha ini dengan menguatkuasakan saranan tersebut.   

Bayangkan jika setiap satu daripada dua syarikat yang mendapat konsesi tersebut boleh menjana pendapatan sehingga 440 juta ringgit, berapa pula yang bakal dijana oleh Kerajaan dalam model perniagaan yang baru ini!
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

2 Ogos 2012 8:13 PG

satu cara terbaik utk membangkang model perniagaan baru - saman ini ialah menghalang sykt2 dan kerajaan dr mendpt keuntungan besar..kita patuhilah undang2 jalanraya.. nescaya untung besar pada kita sebab tak payah membazir dan kita pun selamat...kecualilah kalau kita saja nak sedekah melalui istilah saman ni...betul tak tn ks?

saripdol
2 Ogos 2012 11:27 PG

masyuk masyuk..

Tanpa Nama
2 Ogos 2012 6:20 PTG

rakyat patut tolak segala macam pemerasan oleh penguasa!

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger