MOTORSIKAL OH MOTORSIKAL



Saya telah beberapa tahun ini makanhati ketika menjadi pengguna jalan raya. Betul, saya telah memasuki peringkat yang paling serius dalam tahapmakan hati saya.  Saya makan hati denganperangai para penunggang motorsikal di Malaysia khususnya di Lembah Kelang.  Saya teringat ketika peringkat awal di ibukota, saya pernah di saman kerana tidak menggunakan laluan motorsikal diLebuhraya Persekutuan berhadapan Bangunan Angkasapuri.  Itu kisah lebih suku abad yang lalu.

Kini selepas menjadi pengguna jalanraya selama hampir suku abad di ibu kota, saya sebenarnya semakin hari semakinmakan hati dengan gelagat dan perangai para penunggang motorsikal.  Disebabkan tugas saya, saya banyakmenghabiskan masa di atas jalan raya bukan sahaja di ibu kota malah kenegeri-negeri lain juga.  Keadaan dansikap penunggang motorsikal seperti sama sahaja di mana-mana.

Bayangkan penunggang motorsikalberada di laluan paling kanan yang dikhaskan kepada laluan laju, malah dalambanyak keadaan penunggang motorsikal seolah-olah tidak peduli di mana merekaberada.  Ada juga keadaan di mana,penunggang motorsikal begitu berani berada di laluan laju malah saya pernahmelihat, penunggang motorsikal memotong sebuah kereta peronda polis!

Statistik setiap tahun pulamencatatkan 60 – 70% kemalangan maut melibatkan penunggang dan pemboncengmotorsikal.  Bagi tahun 2011 sahajadaripada 6,877 kes kemalangan yang direkodkan, 4,126 daripadanya melibatkan penunggangdan pembonceng motorsikal. Apakah yang dilakukan oleh Jabatan Keselamatan JalanRaya (JKJR), Kementerian Pengangkutan, Polis DiRaja Malaysia, JabatanPengangkutan Jalan (JPJ) malah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan RayaMalaysia (MIROS) yang ditubuhkan awal 2007, seperti tidak banyak yang dilakukanbagi mengurangkan kemalangan maut melibatkan penunggang dan pemboncengmotorsikal.

Sebagai permulaan cadangan saya ialah mengharamkanmotorsikal berada di laluan tengah dan laluan laju di sebelah kanan, dalam ertikata lain, motorsikal hanya boleh berada di lorong paling kiri.  Hal ini sepatutnya dikuatkuasakan malahmungkin di dalam nota insuran dinyatakan bahawa jika kemalangan melibatkanmotorsikal akibat berada di laluan selain daripada laluan paling kiri, pihakinsuran tidak akan memberikan perlindungan. Dalam bahasa mat rempit boleh dikatakan ‘mati katak’.

Walaupun memang diketahui majoritipenunggang dan pembonceng motorsikal adalah golongan belia yang merupakan asetnegara namun tidak banyak ushaa yang dilakukan oleh pihak kerajaan.  Keadaan fizikal jalan raya juga adalah tidakbegitu kondusif untuk mereka berada di laluan motorsikal kerana hal-hal sepertilaluan motorsikal yang tidak terurus, misalnya ada laluan motorsikal yang tiadalampu, dinaiki air ketika hujan malah keadaan jalan juga tidak rata.  Saya berani mengatakan hal ini kerana sayasendiri telah melalui pengalaman menunggang motorsikal daripada Johor Bahruhingga ke Jitra.

Mungkinkah selepas SistemPenguatkuasaan Automatik (AES) yang bakal diperkenalkan pada 12 Ogos nantimampu membendung dan mengurangkan statistik melibatkan kemalangan melibatkanpengguna motorsikal, walaupun apa yang ditekankan dalam AES ialah penggunakereta yang dianggarkan 53% daripada 20,188,565 kenderaan berdaftar di jalanraya pada tahun 2010.  Setakat ini AEStidak memberi tumpuan kepada pengguna motorsikal, sekurang-kurangnya sehinggaAES ini berfungsi sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan.

Sabantahun dianggarkan kira-kira 1 juta lesen baru dikeluarkan  melibatkanpengguna motorsikal sahaja, mungkin langkah memperolehi lesen motorsikal bolehlebih diketatkan berbanding lesen memandu kereta.  Selain itu, laluan motorsikal haruslah disediakandan menjadi satu keutamaan di semua jalan raya dan lebuhraya di negara kita.

Akhirnya, jika apapun bentukperundangan yang dicadangkan adalah tidak bermakna jika tiada bentukpenguatkuasaan khususnya bagi membendung peningkatan kemalangan melibatkanmotorsikal.  Mungkin perangkaan sempenaperayaan Aidil Fitri boleh memberi kesedaran kepada semua pihak supaya tidakmelihat pengguna kereta sebagai lubuk menambah kantung melalui saman manakalakebajikan dan aspek memperkasa keselamatan penunggang motorsikal terabai.  Selamatmengurangkan statistik kemalangan!
Share this article :
 

+ komen + 9 komen

Tanpa Nama
4 Ogos 2012 8:06 PG

mmg menyakitkan hati

yop
4 Ogos 2012 11:17 PG

kdang2 dh sampai kurang ajar rasa nak langgor aje..

ain
4 Ogos 2012 2:20 PTG

saya pernah hampir2 membunh seorang penuggang m/sikal..memg teruk

6 Ogos 2012 8:15 PG

mmg gerun...kita yang berkereta lagi kecut perut dari mereka sendiri..

27 Disember 2012 1:13 PTG

pembetulan....lorong kanan sekali bukan lorong laju, dalam undang2 malaysia tidak pernah wujud lorong laju, lorong kanan sekali adalah lorong memotong, setelah memotong kenderaan haruslah kembali ke lorong tengah (lorong pemanduan Biasa) atau lorong kiri, lorong perlahan.

Tanpa Nama
27 Disember 2012 1:53 PTG

Mesti awk tgh taip sms or tgh berborak sampi tak peka kenderaan lain..

Tanpa Nama
27 Disember 2012 1:56 PTG

Yg menyakitkan hati lagi kalau bawak kete cam org takde otak. Melulu.. signal tak bagi.. berbual dlm telefon smbil memandu.. lagi bebal..

Tanpa Nama
27 Disember 2012 3:26 PTG

Kena tukar tajuk ulasan,
SIKAP OH SIKAP
Penunggang motor ker, kereta ker, basikal ker, jalan kaki ker. Selagi sikap mmg macam hampeh, bawak kereta ker, bawak motorsikal ker.....

memang menyakitkan hati.

percaya la.... kalau penunggang motorsikal yg bersikap teruk tu, kalau bawak kereta pun still sama gak sikap dia.

Tanpa Nama
28 Disember 2012 8:21 PTG

Cadangkan lorong motorsikal di lorong kiri jalan yg sama besar dgn lorong kereta biasa....kita tgk plak...ada x keta bodo yg masuk lorong motorsikal

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger