SURUHANJAYA DIRAJA BUKAN SURUHANJAYA SEGERA!


"RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu” itulah antara ungkapan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat, penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberikan kerakyatan atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC' di Sabah, tidak perlu.

Hari ini, Perdana Menteri mengumumkan DYMM Yang DiPertuan Agong telah memberi perkenan terhadap cadangan kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menyiasat kebanjiran pendatang asing di Sabah khususnya yang berkaitan dengan pemberian kerakyatan secara berleluasa.

Suruhanjaya ini akan dipengerusikan oleh mantan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan perlu  menyelesaikan siasatan dalam tempoh enam bulan.

Apakah lawatan Perdana Menteri pada hari ini sehari sebelum khabar yang mengatakan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di Sabah hujung minggu ini dengan andaian bahawa akan ada lagi pemimpin Sabah yang akan menyertai pakatan pembangkang seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing dua minggu yang lalu.

Apa yang menarik ialah antara alasan yang diberikan sebab mereka mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional antara lain menyebut mengenai kebanjiran warga asing di Sabah yang disanggah oleh para pemimpin Barisan Nasional Sabah dan kini apabila Perdana Menteri mengumumkan penubuhan suruhanjaya, bukankan ia menunjukkan adanya asas dakwaan mereka berdua.

Walau bagaimana kukuh pun dakwaan mengenai Sabah sebagai ‘satu simpanan tetap’ Barisan Nasional, insiden dua pemimpin negeri meninggalkan Barisan Nasional harus dipandang serius malah lebih serius ialah dakwaan mereka mengenai kebanjiran warga asing di Sabah yang di ‘halalkan’.

Semoga penubuhan suruhanjaya ini dan hasilnya akan dapat dimanfaatkan serta tindakan susulan supaya penubuhannya adalah benar-benar berfungsi dan tidak sekadar retorik sebagai salah satu cara menangkis dakwaan para pemimpin Sabah yang mahu meninggalkan Barisan Nasional.

Kelihatannya, ‘nasihat’ tidak rasmi mantan Perdana Menteri seperti tidak diambil pusing oleh Perdana Menteri.  Mungkin ini adalah sebahagian ‘survival’ politik Sabah supaya boleh terus menjadi ‘simpanan tetap’ kepada Barisaan Nasional. 

Jika melihat daripada sisi ‘nakal’ yang lain pula, adakah ini permulaan sesi ‘memalukan’ kepada mantan Perdana Menteri seperti yang diungkapkan oleh ‘bakal Menteri Besar Kedah’, Datuk Mukhriz Mahathir,  "Kekalahan pada tahun 2008 mengaibkan kita. Antara yang malu adalah Tun Mahathir sebab dia orang Kedah.  Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali kedua,"

Tahniah kepada Perdana Menteri yang mendengar dan bersikap proaktif dengan penubuhan Suruhanjaya DiRaja, harapnya bukan Suruhanjaya Segera!
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

ct
11 Ogos 2012 8:17 PTG

gusar sebab lebih ramai pemimpin sabah dikhuatiri mneyertai pembangkang kot..

Tanpa Nama
11 Ogos 2012 8:41 PTG

telur masuk dalam..hi hi..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger