TIGA BATU NAUTIKA?


Seorangkawan pernah memberitahu saya sekiranya ada peluang dia mahu juga adaPilihanraya Kecil di tempatnya, tapi bukanlah kerana wakil rakyat di tempatnyameninggal atau lain-lain kecelakaan, itu bukan impiannya.  Alasannya mudah, dengan adanya PilihanrayaKecil tentulah kawasan ataupun daerahnya akan menjadi terkenal dan dilawatioleh para pemimpin politik dalam masa yang singkat selain projek-projek segerayang akan datang mencurah-curah.

Kiniketika bahang Pilihanraya Umum ke-13 bertiup kencang, tiba-tiba kerajaan ‘JanjiDitepati’ mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkajisecara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleumkepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.  Khabarnya Jawatankuasa Khas ini diberikanmasa selama enam bulan dan diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun AbdulHamid Mohamad.

Jawatankuasakhas ini bakal dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara,wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenanSultan negeri-negeri berkenaan. 

Apayang menarik ialah masa dan ketika penubuhan Jawatankuasa Khas ini diumumkaniaitu di ambang menjelang PRU 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masasehingga Mac 2013.  Selain itu ialahperkembangan mutakhir ini di mana, rakyat Kelantan telah mula secaraterang-terangan menuntut hak bayaran tunai  minyak yang terhasil daripada bumimereka.  

Sayaagak kurang arif mengenai tuntutan bayaran tunai  namun mengikut penelitian saya, Terengganujuga pernah disekat bayaran tunai  minyakmereka, namun ianya dikembalikan selepas Barisan Nasional berjaya menawansemula negeri tersebut pada tahun 2004, walaupun dengan nama dan istilah yangberbeza.   Apakah rasional hal ini, adakah disebabkanKelantan adalah di bawah pimpinan pembangkang maka hak bayaran tunai  minyak yang ditemui di perairan Kelantandinafikan.

Seperkaralagi yang menjadikan tuntutan ini sebagai wajar ialah apabila Ahli Parlimen GuaMusang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga mantan Menteri Kewangan malah pernahterlibat secara langsung pada peringkat awal penubuhan PETRONAS sendiri telahmenunjukkan minat membantu Kelantan untuk berjuang terhadap hak bayaran tunaikepada  mereka.  Menandangkan Tengku Razaleigh Hamzah adalahwakil kerajaan maka tidak mustahil untuk mengatakan bahawa bayaran tunai  minyak Kelantan adalah hak yang dinafikan.

Sayatidak mahu mengatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas ini sebagai gimik politikmenjelang PRU 13, namun saya percaya siapa sahaja akan beranggapan demikian,sebagai satu wayang BN menjelang PRU 13. Walauapapun tanggapan umum mahupun rakyat Kelantan, namun adalah sangatwajar menerima dengan sikap terbuka akan penubuhan Jawatankuasa Khas ini supayabayaran tunai  minyak ini dikembalikankepada yang berhak.

Jikaditeliti Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] jelas menggariskan bahawanegeri-negeri yang menyerahkan hak minyak mereka kepada PETRONAS berhakmenerima bayaran tunai, tanpa menyatakan bahawa terdapat penemuan minyak di perairannegeri mereka atau tidak, mungkin ini adalah tafsiran peribadi saya.  
petikan Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144]

MengikutPerdana Menteri pula, Kelantan tidak layak mendapat bayaran tunai kerana KerajaanPersekutuan mengambil pendirian bahawa daripada segi perundangan, Kelantanhanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yangdihasilkan dalam perairan negeri tersebut yang terletak tidak melebihi tigabatu nautika dari pesisir pantai negeri.  

Soalnyaadakah penemuan minyak dan hasil petroleum pada masa ini tidak dianggap sebagaitidak berada dalam perairan Kelantan?  Benarkah‘tiga batu nautika’ memang termaktub di dalam perjanjian tersebut, jika benarmaka amatlah malang kerana tidak mungkin hasil petroleum ditemui dalam jaraktiga batu nautika yang bersamaan dengan jarak tidak sampai enam kilometer!  Malah dalam industri perikanan pun istilah ‘lautdalam’ merujuk kepada ‘lebih dari 30 km dari garis pantai’.

Bukankah dalam perjanjian konsesi seperti 'lebuhraya' dan 'tol' kerajaan hari ini agak bermurah hati sehingga klausa pampasan dan kenaikan harga tol bagi sesuatu tempoh yang kadangkala lebih dilihat menguntungkan syarikat konsesi berbanding kerajaan dan rakyat, maka apabila 'perjanjian tiga batu nautika' digunapakai dalam konteks menafikan bayaran tunai, tidakkah terpancar elemen-elemen kezaliman, diskriminasi  dan penafian hak.

Mungkinakhir-akhir ini Kerajaan Persekutuan menjadi lebih tercabar khususnya selepaskerajaan Kelantan berusaha membina lebuhrayanya sendiri dan menamakan sebagai ‘LebuhrayaRakyat’, sehingga memaksa penubuhan Jawatankuasa Khas.  Selamat meneliti dan mengkaji, tapi jangan lupa untuk memberikan kepada yang hak.
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

Tanpa Nama
5 Ogos 2012 5:52 PTG

budaya dolak dalik kerjaan persekutuan..

karim
6 Ogos 2012 5:35 PG

wayang BN menjelang pru kot..

6 Ogos 2012 8:16 PG

sian rakyat kelantan...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger