DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA …
Tahun
ini kita bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-57. Tidak seperti sebelum ini, sambutan Merdeka
pada kali ini tentulah agak menyedihkan apatah lagi dengan ujian dari Allah SWT
kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dua
ujian besar dalam tempoh kurang 100 hari terhadap rakyat Malaysia khususnya
syarikat penerbangan nasional, MAS.
Insiden pertama pada 8 Mac lalu, melibatkan penerbangan MH370 dengan 239
penumpang dan kru masih lagi menjadi teka-teki sehingga kini.
Ketika
umat Islam seluruh dunia sedang menjalani ibadah Ramadan, dan kurang daripada
dua minggu merayakan Aidil Fitri, satu lagi insiden melibatkan penerbangan MH17
yang ditembak jatuh di Ukraine. Insiden
pada 17 Julai itu melibatkan 298 penumpang dan anak kapal yang tidak berdosa.
Dalam
usaha Kerajaan memberikan yang terbaik kepada mangsa-mangsa MH17 yang tidak
berdosa, misalnya penghormatan tentera yang tidak pernah diberikan kepada orang
awam, Kerajaan dicemuh oleh segelintir pihak yang mempertikaikan upacara yang
dianggap ‘berlebihan’ itu.
Hari
Perkabungan Negara pada 22 Ogos yang lalu cukup mengesankan, apabila seluruh
rakyat Malaysia di dalam negara dan di luar negara bertafakur sejenak ketika
kumpulan pertama jenazah mangsa di bawa kembali untuk dikebumikan.
Sepanjang
negara kita merdeka ini mungkin kali pertama upacara penuh istiadat diberikan
kepada orang awam. Malah pengiktirafan
Hari Perkabungan juga adalah komitmen dan penghormatan Kerajaan kepada mangsa
insiden MH17.
Tema
yang dipilih tahun ini adalah petikan lirik lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Haji
Arshad yang mendapat jolokan Penghibur Rakyat.
Bait, di sini lahirnya cinta
menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-57.
Pemilihan
tema ini dianggap bertepatan dalam mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk
kembali melihat tanah leluhur mereka dalam kacamata yang positif dan penuh jati
diri.
Jika
insiden MH370 dan insiden MH17 dianggap telah menyatukan seluruh rakyat
Malaysia, tentulah kita tidak sentiasa memerlukan bencana untuk menyatukan
kita, namun semangat Merdeka tentunya dapat mengembalikan ikatan kasih sesama
kita.
Ironinya
angka 57 juga merujuk kepada tahun negara mencapai kemerdekaan pada tahun
1957. Kisah pengorbanan para pejuang
kemerdekaan seperti Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Tun Sardon Zubir, Tan Cheng
Lock, V. Sambanthan (sekadar beberapa contoh) tidak hanya patut dikenang ketika
kita menyambut Hari Kemerdekaan negara pada setiap tahun.
Generasi
X dan Y tidak sepatutnya dibiarkan tidak mengenali dan tidak menghargai tokoh-tokoh
besar ini, sesuatu perlu dilakukan seperti mengwujudkan Galeri Kemerdekaan pada
skala nasional perlu digerakkan.
Jangan
salahkan generasi muda dewasa ini untuk tidak mengenali dan menghargai
tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan negara jika kisah mereka hanya tertinggal dalam
buku teks sekolah sahaja.
Selamat
menyambut Hari Kemerdekaan, Malaysia…di sini lahirnya sebuah cinta!
Merdeka!
Merdeka! Merdeka!
Ulasan