MERAUT KEMANUSIAAN DALAM 'PENSIL'


Hari ini, 12 Jun 2008, saya berkesempatan menonton filem 'Pensil'. Apa yang menarik minat saya ialah judulnya yang ringkas dan bersahaja. Seperti judulnya, filem ini bertolak dari kisah hidup yang ringkas dan boleh dilihat disekeliling kita. PENSIL ialah kisah kemasyarakatan yang sarat dengan nilai murni dan mesej manusiawi. PENSIL, kisah Badrul (watak utama dibawakan oleh M. Subash yang juga bertindak sebagai penulis skrip dan pengarah) ialah anak kelahiran daripada perkahwinan campur ayahnya berbangsa Melayu dan ibunya berbangsa India. Dengan sifatnya dilahirkan sebagai insan istimewa, PENSIL mengungkap perjalanan hidup Badrul yang sangat menyayangi ibu tirinya (Maimon Mutalib) sungguhpun sentiasa didera. Semangat juang Badrul yang membantu ibunya dengan menjual keropok dan bubur amat disenangi oleh Mak Nek (Ruminah Sidek) yang merahsiakan bahawa dia sebenarnya adalah nenek sebenar Badrul. Junid (Jalil Hamid) yang hidup dengan pengalaman pahit masa lampau di mana adiknya dibunuh setelah dirogol dan diliwat oleh bapa tirinya cuba menyalahkan masa lampau, namun Badrul yang taat agama dan menghormati orang tua telah mengubah persepsi hidupnya lantaran tindakan Badrul yang redha dan tawakal dengan kekurangannya. Keistimewaan filem PENSIL ialah kelainan dan menyimpang dari kelaziman filem Melayu yang 'cintan-cintun'. Filem PENSIL juga mengungkap cinta dalam ruang lingkup yang cukup manusiawi dan di kala masyarakat majmuk Malaysia teraba-raba menyingkap makna perpaduan, PENSIL berjaya mengungkap secara sinematik. "Aku tidak mahukan wang, cukuplah hanya PENSIL" itulah dialog Badrul sewaktu mahu diambil oleh Datuk sebelah ibunya. Syabas dan tahniah kepada kepada filem PENSIL.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, saya bnyk membaca review positif mengenai filem ini tetapi belum berkesempatan menontonnya. Syabas
Tanpa Nama berkata…
Sepatutnya pembikin filem melayu mengambil iktibar dari filem ini...
Tanpa Nama berkata…
Salamtuan,filem budget rendah tapi berkesan...syabas..subash!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?