SEPI - MERUNGKAI CINTA MENGUNGKAP HARAPAN!


Mungkin kebetulan yang tidak disengajakan, saya terpanggil menonton filem terbaru Khabir Subash Bhatia - SEPI, sebab kedua pengarah filem SEPI dan PENSIL mempunyai nama SUBASH dalam diri mereka, dan tulisan roman judul filem SEPI dan PENSIL juga ditulis dalam lenggok yang sama..ahhh mungkin kebetulan sahaja. Apa yang menarik filem SEPI merangkai 3 kisah cinta dan sepi watak-wataknya, Adam (Afdlin Shauki), Sufi (Tony Euusof) dan Imaan (Baizura Kahar)
Poster filem SEPI dan Amores Perros (Mexico) yang
dikatakan mempunyai persamaan.
Mengekalkan formula yang sama seperti filem Khabir 'CINTA' (adunan 5 kisah cinta dalam 1 filem!), SEPI mengungkap kekuatan visual dan kesan sinematik melalui fotografi dan emosi 'natural' pelakonnya. Lihat sahaja usaha Adam (Afdlin Shauki) mencuba menjadi 'chef' yang wibawa atau kesukaran Ilyana (Vanidah Imran) menjadi wanita yang majlis perkahwinannya dibatalkan. Nasha Aziz yang membawakan watak Suzie yang 'gila-gila' nampak begitu menjadi! Kesepian Marya (Eja) yang menunggu begitu lama untuk menimang cahaya mata terasa amat dekat. Lakonlayar Mira Mustafa berjaya menyatukan plot dan watak-wataknya dengan begitu meyakinkan bertolak dari sebuah tragedi. Bertolak dari skrip yang ampuh, SEPI mampu meruntun nurani kita. Pedulilah jika filem SEPI mempunyai persamaan dengan filem Mexico Amores Perros buah tangan Alejandro Gonzalez Inarritu terbitan tahun 2000. Unsur pengaruh adalah lazim dalam dunia kreatif. Syabas kepada Khabir Subash Bhatia, Mira Mustafa, Abdul Rahmad Ahmad (Ara) dan semua krew dan pelakon filem SEPI! SEPI harapan baru sinema Malaysia. Ooop..nanti dulu, saya menonton SEPI di GSC Cheras Leisure Mall dengan audien yang begitu SUNYI dan SEPI (4 orang sahaja!)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Bro..lu tengok wayang masa keja ke..sikit aje orangnya..
Tanpa Nama berkata…
Bila nak ajak kita tengok lak..
kalau takdak kawan mahu nonton, roger ler saya, mana tau kot2 kebetulan free, hehehehe...

Walaupun nonton filem SEPI, tapi janganlah terlalu SUNYI... lihat puisi SUNYI di laman MarsliNo!!
Tanpa Nama berkata…
Syabas tuan, harapan baru sinema malaysia!
Tanpa Nama berkata…
Jealous betul dengan tuan, boleh tengok wayang bila2 masa..saya kira tuan 'bisnes' sendri..?

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?