MEMUTAR FAKTA UNTUK MENANG PRU-13?


Adalahsangat memeranjatkan apabila Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd ZainiHassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untukmembentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya lagi “langkah itu adalah ‘serangan berhemah’  kepada pembangkang yang kini menguasaipersepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN ‘dibicarakan’  dalam ruang politik negara.

"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta),satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan). Dari segi perang psikologikita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.  Kita boleh spin, macam mana kita nak spinsesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK,"  

Inisebenarnya seperti menghalalkan cara. Apakah ini kaedah terbaru  BN ‘memutarfakta’ untuk memenangi Pilihanraya Umum 13.

Adakahpengamal media seperti Datuk Mohd Zaini Hassan memberi  gambaran yang salah kepada orang awam (mungkindi dalam sesi tertutup) seperti di dalam Forum Media Sosial: Mengurus Isu,Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat dengan bertegas bahawa ‘memutar fakta’sebagai satu norma yang dibenarkan.

Adakahakhbar-akhbar media arus perdana di berikan ‘lesen’ bagi memutar belitkan faktadalam usaha menangani kebangkitan media sosial yang lebih condong kepada pihakpembangkang.  
  
Mungkin etika kewartawananorang seperti Datuk Zaini Hassan bergantung kepada ‘political master’mereka.   Apa pun tentulah akhirnyaprinsip dan gerak hati seseorang yang menentukan perlakuan seseorang, sepertikata Za’ba – Adab Bergantung Pada Diri Sendiri ataupun pernyataan SN/SR A.Samad Said – wartawan jati jarang makan gaji tanpa makan hati!

Ulasan

anep berkata…
demi kelangsungan..
SIS berkata…
bodoh la datuk tu...nampak sgt BN dah x de modal..yg untung pihak pembangkang...dia hanya meludah ke langit...nak burukkan org lain tp diri sendiri yang nampak buruk..satu jari menuding org lain, empat jari menuding diri sendiri...
ain berkata…
apa saja utk menang, ini namanya wartawan x de etika..
Tanpa Nama berkata…
memutar fakta mmg keja be end & ameno..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?