PEDULI UNTUK ROHINGYA


Etnik Rohingya di Kuala Lumpur - Gambar ihsan: www.ibnuhasyim.com

Gambar Ihsan: www.mole.my
Beberapa tahun dahulu ketika mengikuti satu persidangan antarabangsa berkaitan dengan jenayah perang, saya berkenalan dengan seorang warga Rohingya yang kebetulan menjadi ketua warga Rohingya khususnya di Kuala Lumpur.  Bahasa Melayunya fasih, jauh lebih baik daripada kebanyakan warganegara kita sendiri, kadangkala memalukan sebahagian wakil rakyat dan Ahli Parlimen negara kita yang gagal berbahasa Melayu dengan baik.

Selepas itu pada tahun lalu, ketika mengunjungi seorang kenalan saya di Pasar Borong Selayang, sekali lagi saya terserempak dengan kaum Rohingya dalam kelompok yang sangat ramai, malah mereka membentuk komuniti mereka sendiri, daripada pakaian dan makanan semuanya terdapat dalam persekitaran mereka.  Malah di pasar malam, juga kaum ini begitu gigih menjadi pedagang seperti menjual ikan dan barangan lain.

Walaupun terdapat ramai warga Rohingya di negara kita, hakikatnya tidak ramai di antara kita yang menyedari kehadiran mereka, kebanyakan mereka memiliki kad pengenalan pelarian yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).  Kaum Rohingya,majoritinya beragama Islam adalah daripada wilayah Arakan di Myanmar yang bersempadan dengan Bangladesh.  Kebanyakkan mereka kini ditindas dengan teruk oleh junta Myanmar dan melarikan diri ke Bangladesh sejak meletusnya rusuhan di antara pengikut Buddha Arakan dan warga Islam Rohingya di daerah Mongdu dalam wilayah Arakan  pada 8 Jun yang lalu.

Bangladesh pula dalam kenyataan terbaru pemimpinnya, memaklumkan mereka tidak mampu lagi menerima pelarian Rohingya ke negara mereka.  Di Bangladesh sahaja, dianggarkan seramai 500,000 orang telah memasuki negara tersebut sejak dua dekad yang lalu.  Di Malaysia, dianggarkan seramai 18,900  ribu warga Rohingya menetap di lapan buah negeri di Semenanjung.

Penderitaan kaum Rohingya tidak berkesudahan walaupun selepas beberapa  dekad, yang terbaru lebih 50,000 dilaporkan dibunuh, 60 perkampungan etnik mereka di bakar antaranya di daerah Bauthidung, Maungdaw dan Akyab dan 22 masjid termasuk sebuah masjid tertua di Myanmar.  Seramai 200,000 pelarian Rohingya juga terperangkap di sempadan Bangladesh malah bantuan kemanusiaan pihak luar kepada mereka juga dihalang.

Sebagai sebuah negara Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita membantu saudara seakidah kita dalam apa jua cara bagi meringan penderitaan mereka yang berpanjangan ini, bukankah negara kita pernah dan masih terus membantu warga Palestin, rakyat Bosnia yang mengalami nasib yang agak serupa dengan yang berlaku di Rohingya.  Mungkin YAB Perdana Menteri boleh memanjangkan misi kemanusiaan bagi membantu kaum Rohingya yang semakin tertindas, melalui Kelab PUTERA misalnya.

Bukankah kita juga pernah menjadi rumah kedua kepada hampir 250,000 pelarian Vietnam sebelum mereka diterima oleh negara ketiga.  Malah Pulau Bidong di Terengganu sangat sinonim dengan pelarian Vietnam sejak 1975 sebelum ianya ditutup selepas 16 tahun pada tahun 1991.

Walaupun telah ada usaha oleh rakyat dan badan-badan bukan Kerajaan bagi menyuarakan penderitaan kaum Rohingnya, namun usaha ini tidak mampu bertahan lama tanpa penglibatan dan campur tangan pemimpin tertinggi negara dan Kerajaan secara khusus dan sistematik – YAB Perdana Menteri Malaysia.   

Marilah kita semua berdoa semoga kaum Rohingya akan mendapat pembelaan sewajarnya, semoga Ramadan ini akan memberikan sinar kepada hidup mereka, InsyaAllah. Amin.
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

ain
29 Julai 2012 10:42 PG

moga doa dan usaha kita dimakbulkan ALLAH swt..

Tanpa Nama
29 Julai 2012 3:52 PTG

menyedihkan sangt umat islam sentiasa ditindas..

30 Julai 2012 11:41 PG

peduli untuk semua umat Islam...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger