BUDAYA LEPAS TANGAN @ NOTIS KAPITALIS



Berapa kali kita pernah terserempak dengan notis yang berbunyi – “Park At Your Risk” atau dalam Bahasa Melayu bermaksud ’Meletak Kereta Atas Risiko Sendiri’.  Hal ini amat lumrah di negara kita.  Malah di tempat letak kereta berbayar pun diletakkan notis seumpama ini.  Mengapa agaknya pengguna seperti anda dan saya tidak pun pernah membantah hal sedemikian.  Ini adalah kerana kurangnya didikan konsumerisme dalam kalangan masyarakat kita.

Cubalah bayangkan, ketika anda memasuki kompleks membeli belah, membelanjakan sejumlah wang, kemudian selepas beberapa ketika keluar dan dikenakan bayaran kerana meletakkan kenderaan untuk berbelanja di pusat membeli belah tersebut.  Saya tidak begitu kisah dikenakan bayaran malah kadang-kadang bayaran boleh menjangkau sehingga berbelas-belas ringgit, namun ironinya ialah apabila ada notis-notis kapitalis yang enggan mengambil risiko tetapi mengenakan caj untuk tempat letak kereta.

Adakah pihak-pihak berkepentingan seperti Persatuan Pengguna dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan.  Jika sebuah kementerian diwujudkan sekian lama untuk menangani hal ehwal kepenggunaan maka apakah kewajaran notis-notis kapitalis seumpama ini mengganggu minda anda dan saya.

Yang terbaru ialah apabila seorang penonton bolasepak menyaman pihak  Persatuan Bolasepak Malaysia  sebanyak RM1 juta kerana didakwa gagal memantau keselamatan sehingga menyebabkan matanya buta sebelah akibat terkena mercun.  Adakah selepas ini pihak FAM juga akan menyatakan juga notis kapitalis bahawa mereka tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku pada tiket yang mereka jual!  

Budaya lepas tangan berbanding budaya akauntabiliti seolah-olah menjadi norma hidup para penyedia perkhidmatan sehingga saya menganggapnya sebagai notis kapitalis.  Mungkin kita belum boleh dianggap negara maju dalam aspek konsumerisme jika budaya lepas tangan seperti notis kapitalis masih lagi kita temui dalam persekitaran kita.
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

25 Julai 2012 8:07 PG

masalahnya orang tidak mahu bertanggungjawap pada perkara di luar jangkaan....penyedia perkhidmatan anggap mereka dibayar oleh pemakir kereta bukan bayar untuk jaga kereta kita..bayar sekadar untuk 'booking' tempat rehat kereta kita..pendek kata kita kena jaga diri dan harta benda kita sendiri

Tanpa Nama
25 Julai 2012 12:02 PTG

apabila konsumerisme di bawah tapak kaki kapitalis!

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger