MENYEMAK RAMADAN SELEPAS SEPULUH HARI & SEMANGAT HARI PAHLAWAN



Setelah sepuluh hari Ramadan berlalu, malam ini adalah malam kesebelas umat Islam di Malaysia mengerjakan solat sunat terawih.  Ramadan bagi umat Islam ialah tika mereka menambahkan ibadat seperti  solat sunat terawih, bersedekah, bertadarus dan pelbagai amalan yang bukan sahaja dilakukan ketika menjalani ibadah puasa malah pada masa-masa yang lain juga.

Fasa pertama Ramadan Al-Mubarak telah berlalu, fasa pertama yang dijanjikan Allah SWT dengan kerahmatan.  Pada 10 hari pertama berpuasa di dalam bulan Ramadan telah diriwayatkan sebagai hari-hari diturunkan rahmat Allah SWT kepada manusia.  Pada sepuluh hari pertama juga akan banyak mendapat limpahan pahala dari pelbagai amalan yang kita lakukan sepanjang menjalani Ramadan.

Ramadan juga tidak datang dengan kerahmatan bukan sahaja bagi mereka yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan juga, malah menjadi ruang kerahmatan bagi lebih ramai peniaga di Bazar Ramadan.  Bayangkan begitu ramai para peniaga bermusim ketika Ramadan.  Seorang rakan diberitahu seorang peniaga murtabak mampu meraih pendapatan sehingga RM60 ribu sepanjang berniaga di Bazar Ramadan.

Secara peribadi, saya meletakkan sasaran yang mudah untuk diri saya, apa yang saya sasarkan biarlah menjadi rahsia Ramadan saya.

Hari Pahlawan di sambut di negara kita pada setiap 31 Julai.  Hari Pahlawan dikenang bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan sama ada daripada kalangan tentera  mahupun polis.  Pengorbanan pahlawan negara dalam pasukan keselamatan adalah hasil yang sedang kita semua nikmati sekarang.

Seperti seorang pahlawan, mengharungi Ramadan juga memerlukan pengorbanan dan kesungguhan bagi mengecapi rahmat yang dijanjikan Allah SWT.  Selepas sepuluh hari, selamat menempuh fasa kedua Ramadan, fasa yang menjanjikan pengampunan.  Selamat menjadi pahlawan Ramadan!
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

ain
31 Julai 2012 12:14 PTG

salam ramadhan tuan ks..

1 Ogos 2012 8:30 PG

semoga minggu kedua kt sama2 dapt pengampunanNya..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger