BUDAYA LEPAS TANGAN @ NOTIS KAPITALIS
Berapa
kali kita pernah terserempak dengan notis yang berbunyi – “Park At Your Risk”
atau dalam Bahasa Melayu bermaksud ’Meletak Kereta Atas Risiko Sendiri’. Hal ini amat lumrah di negara kita. Malah di tempat letak kereta berbayar pun
diletakkan notis seumpama ini. Mengapa
agaknya pengguna seperti anda dan saya tidak pun pernah membantah hal
sedemikian. Ini adalah kerana kurangnya
didikan konsumerisme dalam kalangan masyarakat kita.
Cubalah
bayangkan, ketika anda memasuki kompleks membeli belah, membelanjakan sejumlah
wang, kemudian selepas beberapa ketika keluar dan dikenakan bayaran kerana
meletakkan kenderaan untuk berbelanja di pusat membeli belah tersebut. Saya tidak begitu kisah dikenakan bayaran
malah kadang-kadang bayaran boleh menjangkau sehingga berbelas-belas ringgit,
namun ironinya ialah apabila ada notis-notis kapitalis yang enggan mengambil
risiko tetapi mengenakan caj untuk tempat letak kereta.
Adakah
pihak-pihak berkepentingan seperti Persatuan Pengguna dan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan.
Jika sebuah kementerian diwujudkan sekian lama untuk menangani hal ehwal
kepenggunaan maka apakah kewajaran notis-notis kapitalis seumpama ini
mengganggu minda anda dan saya.
Yang
terbaru ialah apabila seorang penonton bolasepak menyaman pihak Persatuan Bolasepak Malaysia sebanyak RM1 juta kerana didakwa gagal
memantau keselamatan sehingga menyebabkan matanya buta sebelah akibat terkena
mercun. Adakah selepas ini pihak FAM
juga akan menyatakan juga notis kapitalis bahawa mereka tidak bertanggungjawab
dengan apa yang berlaku pada tiket yang mereka jual!
Budaya
lepas tangan berbanding budaya akauntabiliti seolah-olah menjadi norma hidup
para penyedia perkhidmatan sehingga saya menganggapnya sebagai notis
kapitalis. Mungkin kita belum boleh
dianggap negara maju dalam aspek konsumerisme jika budaya lepas tangan seperti
notis kapitalis masih lagi kita temui dalam persekitaran kita.
Ulasan